Thursday 11 January 2018

Kandungan dan Fungsi Ostematrix Shaklee

Kenapa orang selalu suggest ambil Ostematrix Shaklee eh bila badan kita kerap sakit, lenguh-lenguh, bisa-bisa, letih atau penat? Kalau kejang dan senggugut pun disuruhnya cuba Ostematrix Shaklee ni.

Let's check it out!

Formula Ostematrix Shaklee yang mengandungi mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati ini membuatkannya sangat istimewa!

Selain itu, Ostematrix Shaklee ini bukan sekadar Kalsium! Malah ia lebih dari Kalsium!

Be diligent and intelligent user! Bukan sekadar order, beli dan makan sahaja. Hehe. Belek2 sikit botol Ostematrix Shaklee ni.

Ostematrix Shaklee sebenarnya mengandungi juga Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga, Zink dan Kuprum.


Kalsium
  • Membantu mencegah Osteoporosis.
  • Membantu mengurangkan kesakitan ketika haid.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Membantu menyihatkan jantung.
  • Membantu melangsingkan tubuh.
Magnesium
Magnesium merupakan mineral yang sangat penting untuk pelbagai proses tubuh. Antaranya :-
  • Membantu menghasilkan tenaga dan DNA.
  • Membantu pembentukan protin.
  • Membantu mengawal saraf.
  • Membantu mempertahankan tingkat normal kalium, fosfor, kalsium, adrenalin dan insulin.
  • Membantu menjaga tulang supaya kuat.
  • Membantu memastikan kesihatan jantung.
Fosforus
Fosforus juga mempunyai fungsi dan peranan yang sangat penting untuk tubuh seperti :-
  • Membantu pencernaan.
  • Membantu memberi tenaga.
  • Membantu metabolisme badan supaya kuat.
  • Membantu kesihatan gigi dan gusi (penunjang).
Vitamin D
Vitamin D pula memainkan peranan penting dalam mengatur kadar kalsium dan fosforus dalam darah.

Kalsium dan fosforus adalah dua (2) faktor yang sangat penting dalam urusan menjaga kesihatan tulang.

Tubuh memerlukan Vitamin D untuk menyerap kalsium secara maksimum dalam usus dan membantu tulang serta gigi untuk menjadi lebih kuat.

Boron 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang.
  • Membantu meredakan keradangan.
  • Membantu mengurangkan gejala Menopos.
  • Membantu mengelakkan masalah kardiovaskular.
  • Membantu menyokong fungsi otak.
Mangan 
  • Membantu pembinaan tulang, fungsi sel dan otak.
  • Bertindak sebagai antioksidan.
Zink
Zink juga sangat penting bagi fungsi kekebalan atau kekuatan tubuh. Bukan sahaja penting untuk menyokong kekuatan tubuh, tetapi Zink juga membantu dalam menyokong penghasilan sel darah putih dan mengaktifkan sel B dan T yang diperlukan oleh sistem kekebalan tubuh untuk melawan virus serta bakteria.

Kuprum
  • Membantu pembinaan tulang dan tisu.
  • Membantu penyerapan zat besi.
Fuh.. Power giler lah Ostematrix ni! (Biiznillah, Dengan izin Allah S.W.T.). No wonder lah bila Sya telan 4 caplets Ostematrix ni setiap malam sebelum tidur, kesannya sangat awesome dan superb!

Hilang terus sakit-sakit belakang badan! (Sebab Sya ni macam orang tua sikit. Umur belum sampai 30 tahun pun, dah selalu sakit-sakit badan dan bisa-bisa tapak kaki. Hahahah..). Itu belum masuk bab senggugut dan buang air besar. Huhu.. Kalau telan Ostematrix Shaklee ni, memang setiap hari akan "dating" dengan toilet lah. Pagi-pagi lagi dah nge date. Hahaha..

Insyaallah, next entry Sya akan share pula berkenaan "Kebaikan dan Manfaat Ostematrix Shaklee." Stay tuned!

Salam ceria & sihat! ;)


Siti Aisyah binti Ab Razak
SID : 1034673
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH) Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Friday 5 January 2018

Sambungan.. AWAS!! OSTEOPOROSIS MEMBUNUH!

Peringkat Osteoporosis

Gambar di atas menunjukkan peringkat Osteoporosis. Yang bintik-bintik coklat itu ibarat tulang di dalam badan kita yang semakin menipis dan akan mengalami keropos.

Subhanallah!

Sepatutnya ayah kakak ni perlu buat pembedahan kali kedua tau untuk masukkan dan tambah besi di bahagian punggung. Tapi, dengan bantuan, pertolongan, izin dan kuasa Allah S.W.T. bila pergi scan, doktor kata tak perlu buat pembedahan! It's a miracle! 

Pembedahan pertama sebelum ni hanya terpaksa masuk separuh besi sahaja. Join yang dekat punggung tu. Lepas tu jantung ayah kakak ni lemah. Sebab tu tak dapat teruskan pembedahan. So, postpone ke tarikh lain untuk buat pembedahan kedua. Tapi, kuasa Allah. Pembedahan kedua tidak perlu dibuat.

Apa ikhtiar dan usaha kakak ni sekeluarga untuk ayahnya?

Kakak ni cuba ikhtiar dengan berikan ayahnya makan OSTEMATRIX dan VIVIX Shaklee..

Selain itu, ada beberapa perkara juga yang perlu di ambil kira bagi mengelakkan kita menderita Osteoporosis seperti :-

  1. Makan makanan yang mengandungi protin yang mencukupi.
  2. Amalkan pengambilan karbohidrat dan serat dalam diet seharian.
  3. Pastikan keperluan nutrisi mencukupi.
  4. Kurangkan makan makanan yang mengandungi MSG dan bahan pengawet.
  5. Banyakkan minum air kosong (Setiap 25KG berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air)
  6. Kurangkan makan makanan yang berlemak dan bersantan.
  7. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  8. Amalkan pengambilan kolagen.
  9. Amalkan pengambilan Ostematrix.
  10. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Tapi, kalau kita sendiri rasa payah, sukar dan susah untuk pastikan kita jaga semua di atas ni setiap hari.. Kita boleh cuba ikhtiar dengan makanan tambahan (supplements) seperti Ostematrix dan Vivix Shaklee ni..

What I can say is.. Ambil dua ni pun dah cukup untuk elakkan diri kita dari menderita Osteoporosis ni. Tapi, jangan salah faham pula tau! Gaya hidup dan pemakanan yang sihat itu tetap paling penting dan utama!

Cumanya.. Kalau kita sendiri sedar yang kita masih belum mampu untuk ubah sepenuhnya.. Adalah lebih baik kita ikhtiar dengan cover semula dengan mengambil makanan tambahan (supplements).

So, kalau anda atau ahli keluarga anda atau kenalan anda ada yang menderita Osteoporosis ni dan nak cuba ikhtiar dengan Shaklee.. Anda boleh hubungi Sya untuk Sya bantu cadangkan vitamin Shaklee yang paling sesuai dengan masalah kesihatan anda beserta konsultasi percuma :)

Siti Aisyah binti Ab Razak
SID : 1034673
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH) Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

AWAS!! OSTEOPOROSIS MEMBUNUH!

Peringkat Osteoporosis

Inilah salah satu sebab utama kenapa kami The Walking Beauty (TWB) meletakkan OSTEMATRIX Shaklee sekali di dalam Pakej Kursus SPA.. Ia bagi mengelakkan atau mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh serta kebas-kebas tangan dan kaki.

Sebab ini semua petanda yang tulang badan kita sudah tidak padat lagi!

Kalau tulang dah tak padat, kita akan sakit. Kalau dah sakit, macam mana nak ambil customer SPA lagi? Macam mana nak running business SPA lagi?

Perkongsian cerita sebenar daripada salah seorang Ahli TWB kami..

Suatu petang, ayah nak Solat Fardhu Asar. Dia tersandung kain. Lepas tu dia terjatuh. Jatuhnya sikit je. Macam terpeleot gitu. Terus dia tak boleh bangun. 

Kami bawa pergi klinik, doktor hanya cucuk ubat tahan sakit. Lepas tu dia tak boleh dah nak gerak.

Allahu..... Sedih sangat! Bawa pergi hospital, emergency operate.


Keadaan tulang ayah yang dah hancur berkecai bersepai

Tulang ni kami uruskan untuk tanam. Tulang ni dah tak boleh sambung dan baiki lagi. Maksudnya kena buang terus.

Dan doktor beritahu ayah kena pakai besi. Masukkan besi ke dalam badan. Tapi, masuk besi pun tidak membantu 100%. Sebab besi yang akan dimasukkan tu pun akan mengganggu tulang yang lain-lain. Masalahnya tulang-tulang lain pun dah reput juga.

Harapan nak hidup tipis sangat!

Masa tu Allah je yang tahu perasaan kami macam mana.....

APA ITU OSTEOPOROSIS??

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span serta rapuh dari dalam. 

Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang rusuk retak atau patah semakin meningkat.

Bahasa mudahnya, "Semakin bertambah usia seseorang, semakin berkurang kepadatan tulang seseorang." Dan jika tidak dijaga atau mengambil langkah awal untuk mencegah kebarangkalian untuk mendapat Osteoporosis adalah tinggi.

PENYEBAB OSTEOPOROSIS

Terdapat dua (2) sebab boleh berlakunya Osteoporosis :-

1) Primer
- Monopos
- Tua

2) Sekunder
- Ubat-ubatan
- Gangguan metabolisme
- Makanan tidak seimbang
- Masalah tulang
- Masalah ginjal 
- Masalah saraf
- Pemindahan organ

JENIS-JENIS OSTEOPOROSIS

Terdapat tiga (3) jenis Osteoporosis :-

1) Postmenopausal
- Terjadi kerana kurangnya hormon Estrogen yang merupakan hormon utama pada wanita. Hormon Estrogen ini membantu mengatur pengangkutan Kalsium ke dalam tulang pada perempuan. Biasanya gejala seperti ini timbul pada wanita yang berusia antara 51 hingga 75 tahun. Dan sekiranya wanita itu sudah monopos (menopause), pergerakan Kalsium ke dalam tulang menjadi terbantut.

2) Osteoporosis Senilis
- Kemungkinan merupakan akibat dari kekurangan Kalsium yang berkaitan dengan usia.

3) Osteoporosis Juvenil Idiopatik 
- Merupakan jenis Osteoporosis yang penyebabnya tidak diketahui. Hal ini terjadi pada anak-anak dan dewasa muda yang memiliki kadar serta fungsi hormon normal, kadar vitamin yang normal dan tidak memiliki penyebab yang jelas dari rapuhnya tulang. 

Pengeroposan tulang terjadi begitu sahaja tanpa diketahui penyebabnya.

Walau kebarangkalian terjadinya rendah, Osteoporosis Juvenil Idiopatik ini tidak mengenal usia penderitanya.

Jadi, apakah yang terjadi kepada ayahnya sekarang? Klik sini untuk sambungan cerita..

Majlis Pelancaran dan Perasmian "Kids & Baby Spa" Daripada The Walking Beauty (TWB)

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Jarang betul kita dengar pasal Spa untuk kanak-kanak dan bayi kan? Dekat Malaysia Kids & Baby Spa ni baru nak trending. Tapi, kalau kita tengok di negara-negara barat, Kids & Baby Spa ini telah pun menjadi satu trend.


Kids Spa

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2017, "Kids & Baby Spa" di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) telah pun dilancar dan dirasmikan..

Majlis ini dihadiri oleh semua Ahli The Walking Beauty (TWB) dan dirasmikan oleh Pengasas Projek TWB, Puan Ainul Shahrazad atau Master Ainul Shahrazad (MAS). Turut dijemput adalah Pakar Nutrisi Shaklee, Mrs. Celine Lim untuk berkongsi berkenaan Shakleebaby, Set Penjagaan Bayi Organik, Semulajadi dan Selamat yang baru sahaja masuk Malaysia dari US.

Ahli-ahli The Walking Beauty (TWB) ketika di meja pendaftaran.
Bertemakan pakaian Black & Gold

Shakleebaby Talk by Nutritionist 

Sya bersama Founder Project The Walking Beauty (TWB) dan Nutritionist Shaklee

Emcee of the day. Hehe.


Kids Spa

Kids Spa

Kids Spa ini boleh dianjurkan atau diselitkan di dalam majlis-majlis keraian yang melibatkan kanak-kanak seperti majlis hari jadi, aqiqah dan sebagainya tanpa mengira jantina 

Tujuannya hanyalah untuk kanak-kanak berseronok. Budak-budak kan suka main air ;) disamping mendapatkan rawatan asas Spa muka yang pasti menenangkan mereka.

Kids Spa

Kids Spa - Basic Facial dan rendaman kaki di dalam air. 

Ok, kalau tadi kita bercerita tentang Kids Spa, sekarang kita bercerita pula berkenaan Baby Spa.

Baby Spa

Untuk bayi, lain pula caranya. Bayi lebih suka diurut-urut selepas mereka mandi. Secara tidak langsung, ibu atau bapa juga dapat merapatkan lagi hubungan mereka dengan bayi mereka (bonding time).

Di dalam The Walking Beauty (TWB), terdapat enam (6) urutan bayi yang akan dilakukan bermula dengan urutan kepala dan muka, urutan dada, urutan tangan, urutan kaki, urutan perut dan urutan bahagian belakang.

Dan semua urutan ini akan dijaya serta disempurnakan dengan menggunakan Set Penjagaan Bayi Organik, Semulajadi dan Selamat daripada Shakleebaby.

Jadi, bermula Januari 2018 ini, Pakej Kursus Spa The Walking Beauty (TWB) Terbaru akan diajar sekali ilmu teori dan praktikal Kids & Baby Spa. Best kan? :)

Sekian sahaja perkongsian Sya untuk Majlis Pelancaran dan Perasmian Kids & Baby Spa The Walking Beauty (TWB)..
  
Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) bergambar kenangan bersama Pengasas Projek TWB dan Pakar Nutrisi Shaklee

Anda juga boleh hubungi Sya jika ingin mendapatkan perkhidmatan Kids & Baby Spa. Sya boleh datang terus ke rumah atau tempat anda. Kalau tempat anda di luar kawasan yang Sya cover, Sya akan cari dan arrange kan Beautician The Walking Beauty (TWB) yang berdekatan dengan anda. So, jangan risau ok? ;) Sebab konsep Spa kita adalah Spa Bergerak (Mobile Spa).. =)

Siti Aisyah binti Ab Razak
Certified Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH), Natural Home & Mobile SPA
SID : 1034673
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Wednesday 3 January 2018

Set Penjagaan Bayi Organik, Semulajadi & Selamat daripada Shaklee


Hello Shakleebaby!

* Safe * Gentle * Organic * Tiga perkataan ini cukup menggambarkan bahawa produk penjagaan bayi keluaran Shaklee ini sangat selamat dan best untuk anak-anak anda!

Kalau sebelum ni, bila dengar Shaklee je, supplements (makanan tambahan) dan vitamins nya akan terbayang dan terlintas di fikiran orang ramai. Betul betul? Hehe.

Namun, ramai yang masih tidak tahu bahawa Shaklee sekarang ini juga mempunyai produk-produk penjagaan bayi yang baru sahaja mendarat di Malaysia pada bulan November 2017 dari US!

Oleh itu, Sya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu dan menyebarkan kebaikan serta keistimewaan berkenaan Shakleebaby ini kepada anda semua terutamanya anda yang mempunyai anak kecil.

Here goes! A list of Shakleebaby by Shaklee :-

1. Shakleebaby Gentle Wash


Kita sedia maklum bahawa kulit bayi nipis, halus dan lebih terdedah dengan kekeringan berbanding kita orang dewasa ni.

Apatah lagi jika bayi kita itu mempunyai masalah kesihatan seperti ruam atau ekzema. Pemilihan produk penjagaan kulit sangat penting untuk mereka. Mereka tidak boleh langsung menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia. Ini kerana bahan kimia itu akan menyebabkan keradangan dan iritasi yang lebih teruk kepada kulit bayi especially bayi yang kulitnya sensitif.

Namun, Shakleebaby Gentle Wash ini telah mejalani ujian sensitiviti. Memang sangat sesuai untuk bayi yang berkulit sensitif. 

Mandian bayi Shaklee ini juga lebih lembut, mesra kulit dan berbau harum dari Lavender itu sendiri. Yang paling best formulasinya tidak memedihkan mata! Mandian ke atas bayi pun jadi lebih selamat dan menyeronokkan! ;)


2. Shakleebaby Soothing Lotion


Losyen bayi Shaklee ini melembut dan melembapkan kulit bayi. Ia juga telah diuji sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Kelembapan yang optimum membantu mengatasi kulit bayi yang kering dan secara tidak langsung dapat juga membantu mengurangkan kegatalan kulit bayi. 

Selain itu, ia juga bertindak dengan memberi kelegaan dan ketenangan kepada bayi serta menambah semula nutrient kulit bayi.


3. Shakleebaby Massage Oil


Kebiasaannya bayi akan menangiskan bila kita letak dia. Tapi, bila kita angkat, dukung dia, dia diam. Senyap. Malah dia berikan pula senyuman dekat kita sampai cair kita dibuatnya. Hihi.

Kalau pegang pun dia dah boleh rasa tenang, suka, bayangkan lah kalau kita berikan urutan badan dekat dia.

Ada kajian menunjukkan urutan ke atas bayi dapat mengurangkan tangisan, fussiness, membantu bayi mendapatkan tidur yang lebih aman, malah dapat membantu mengurangkan sembelit dan kolik. Ada juga yang mengatakan bahawa urutan dapat meningkatkan keupayaan bayi melawan kuman.

Selain itu, urutan juga dapat merangsang sistem saraf bayi, menghasilkan serotonin (kimia yang sangat baik), mengurangkan kortisol (hormon yang disegel sebagai tindak balas tekanan), membantu denyutan jantung dan pernafasan bayi supaya menjadi perlahan serta membuatkan bayi berasa tenang. Juga sangat baik untuk kesihatan emosi bayi.

Jadi, anda boleh gunakan Shakleebaby Massage Oil atau Minyak Urut Bayi Shaklee ini untuk bayi anda. Secara tidak langsung anda telah membina satu ikatan yang lebih mesra dengan anak anda juga tau! ;)

Shakleebaby : Ciri-Ciri dan Keistimewaan


1. Clinically-tested and Pediatrician-tested
- Semestinya semua produk Shaklee mempunyai ujian klinikal. Diuji ke atas manusia. Ada scientific research.
- Shaklee bagi percuma dekat doktor-doktor pakar kanak-kanak di Hospital US untuk cuba dekat pesakit kanak-kanak di hospital.
- Selepas mereka cuba ke atas pesakit-pesakit, mereka kata "I WANT THIS PRODUCT!!" Ni kata Pediatricians di US yang dah cuba. Wah! 

2. Hypoallergenic and Non-irritant
- Melindungi kulit bayi dari mendapat alergi.
- Tidak merengsa. Bayi tidak akan mendapat sebarang alahan!
- Sebab ia organik, semulajadi dan selamat. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan akan melindungi bakteria baik pada kulit bayi.

3. Natural, Certified Organic Ingredients, Formulated Without Harmful Substances 
- Hanya mengandungi bahan-bahan semulajadi dan organik sahaja.
- Tiada bahan kimia, pewangi atau pewarna tiruan.

4. pH Balanced
- Penting supaya kulit bayi tidak bermasalah especially kalau kulit sensitif. Kulit bayi dah lah nipis, halus pula tu.

5. Made in USA
- Bukan buatan tempatan.

Harga satu Set Shakleebaby ini cuma berharga RM381.60 sahaja dengan PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Setanding dengan kandungan dan kualiti bahan-bahannya yang ORGANIK dan SEMULAJADI.

Bukan itu sahaja, pembelian setiap Set Shakleebaby ini didatangkan bersama Plush Microfiber Towel dan Handy Baby Toiletry Bag tau!


Very practical and easy to carry! Towel ni boleh buat lap badan baby lepas mandi. Atau jadikan sebagai alas atau lapik semasa sapuan losyen dan minyak. Towel ni tebal dan sangat lembut tau! Boleh juga jadikan Set Shakleebaby ni sebagai hadiah ;)

Jika anda berminat untuk mencuba dan mendapatkannya, boleh terus hubungi Sya :)

Your Baby Deserves the Best!

Siti Aisyah binti Ab Razak
SID : 1034673
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH) Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Monday 1 January 2018

Kek Viral 2 Bahan : Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Viral 2 Bahan

Ya Allah! Tak sangka guna dua bahan pun dah boleh buat kek! Sangat mudah dan sedap pula tu! Kos nak hasilkan sebiji Kek Viral 2 Bahan ni pun tak sampai RM15 tau!

Petang-petang macam ni memang layanlah kan makan kek. Nak2 baru lepas hujan. Sejuk! Hihi.

So, here are the ingredients for "Kek Viral 2 Bahan" by me!

Bahan-bahan :-
  1. 200ml Susu Kotak Dutch Lady Pure Farm Chocolate Flavored Milk dan
  2. 2 bungkus besar Biskut Orea perisa Vanilla (152.4g x 2)
Cara-cara membuat :-

1. Masukkan 2 bungkus Biskut Oreo ke dalam satu bekas. Kemudian patah-patahkan Biskut Oreo tersebut kepada kepingan yang lebih kecil seperti di dalam gambar di bawah.

Kepingan Oreo

2. Masukkan ke dalam mesin pengisar (blender). 

Kepingan Oreo dan susu

3. Kemudian, masukkan 200ml Susu Kotak Dutch Lady Pure Farm perisa coklat. Kisar kedua-dua bahan tadi sehingga sebati. Sehingga Biskut Orea tadi hancur dengan sekata seperti di bawah.

Kepingan Oreo dan susu yang telah dikisar

4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang atau bekas tahan panas untuk dikukus. Kukus antara 20 minit hingga 30 minit. Siap!

Kek Viral 2 Bahan sedia untuk dikukus

Rupa Kek Viral 2 Bahan selepas 30 minit dikukus

Anda juga boleh hiaskan permukaan Kek Viral 2 Bahan anda dengan pelbagai topping kesukaan anda. Macam Sya, Sya letak Nestle Kit Kat Bites :)

Kit Kat Bites sebagai topping

Kek Viral 2 Bahan dengan Topping Kit Kat Bites

Kek Viral 2 Bahan dengan Topping Kit Kat Bites

Selamat mencuba!