Tuesday 4 July 2017

DAY 3 | Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia





Kalau dah jejakkan kaki di Pulau Gili Trawangan ni, tak bergambar depan tulisan "Gili Trawangan" ni memang rugiiiii..

Assalammualikum, selamat tengahari dan Salam 10 Syawal semua!

Maaflah sebab baru berkesempatan nak update entry blog untuk hari ketiga Sya dan suami Sya bercuti di Gili Trawangan ni. Huhu..

Ok, memandangkan masa ni adalah ulangtahun perkahwinan (wedding anniversary) kami, makanya kami rancang untuk keluar melihat matahari terbit (sunrise).

Tapi, sedihnya apa yang kami rancang tidak kesampaian bila mana shower di tepi kolam renang villa kami tumbang disebabkan angin yang terlalu kuat dan disertai dengan hujan yang lebat malam sebelum kejadian.

Shower yang tumbang akibat angin kuat dan hujan lebat


Sebenarnya kami ditawarkan untuk berpindah ke villa yang lain. Tapi, sebab kami malas nak packing dan angkut barang-barang, jadi kami stay je di villa yang sama.

Sementara pekerja-pekerja yang bertanggungjawab untuk baiki shower ni buat kerja, kami suami isteri sarapan di restoran villa dulu.


 
Kiri : Mie Goreng (Fried Noodle) sarapan pilihan suami Sya
Kanan : Nasi Goreng (Fried Rice) sarapan pilihan Sya

Tengah-tengah makan, salah seorang staff Sunset Palms Resort yang melayan kami beritahu yang dia akan buatkan fruit platter istimewa buat kami sempena anniversary kami. Kami apa lagi. Terujalah! Rasa macam dalam rancangan Romantika pula. Hahahah..

Tadaaaaa.. Our special fruit platter ;)
Love love gitu. Hihi.

Sepatutnya ada buah Betik sekali. Tapi, sebab Sya kurang minat dengan betik, jadi staff resort lebihkan buah-buahan yang lain sebagai pengganti Betik.

Oh, yang warna hijau bulat tu macam biasalah. Supplement (makanan tambahan) yang mengandungi SET KESIHATAN ASAS (BASIC HEALTH SET) : VITA-LEA, B-COMPLEX dan SR VITA-C PLUS serta SET KURUS (SLIMMING SET) : LECITHIN dan ALFALFA COMPLEX untuk Sya.


Habis sarapan kami terus keluar pusing-pusing pulau naik sepeda. Sebab kerja-kerja baiki shower kami belum lagi selesai.

Fuh. Penat! Tapi, best! Seronok! Hihi. Satu pulau weh kami pusing.. Sampai tak ada jalan dah untuk kami lalu untuk balik ke resort. Sya tak ambil pula gambar jalan yang kami redah masa ni. Kalau tak boleh kongsi dengan anda semua betapa horror nya jalan tu. Yang penting suami Sya sempatlah tumpang toilet cafe apa entah buang air kecil. Hahaha..

Kami sampai resort tengahari macam tu. Masa tu kerja-kerja baiki shower dah selesai.

Sampai je resort, kami terus order Chicken Sasak untuk lunch kami. Lapar weh! 

Chicken Sasak (Pan fried chicken breast with Spicy Sasak sauce, vegetables and rice) Harga 100,000Rp (RM30)

Dah lunch, mandi dan solat fardhu Zohor, kami keluar semula untuk ke Pekan Gili Trawangan di Timur untuk mengambil gambar di tulisan Gili Trawangan serta bergambar di sekitar sana.

Gili Trawangan 

Pantai berhadapan tulisan Gili Trawangan

Masjid Agung Baiturrahman
Gili Trawangan, Lombok
Nusa Tenggara Barat, Indonesia

Macam yang Sya pernah share dalam entry blog Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia sebelum ni, 90% masyarakat di Lombok ini adalah Muslim (beragama Islam). Jadi memang tak ada masalahlah untuk solat. Pergi mana-mana pun memang akan jumpa masjid. Cuma kebanyakkan masjid-masjid di sini masih dalam pembinaan macam Masjid Agung Baiturrahman ni lah.

Dah puas bergambar, kami pun kayuh basikal ke resort semula. Memandangkan hari ni anniversary kami, jadi kami rancang untuk habiskan masa berdua di villa resort sahaja dengan merakam video untuk dijadikan video anniversary kami yang kelima dan makan malam romantik bersama. Hihi.


Ini antara gambar yang sempat Sya ambil untuk dimasukkan dalam video anniversary kami.
Cantik tak? Ada macam professional photographer tak? Hehe.
Nak tengok video, boleh add Sya di Facebook (FB) Sya okay.
Sya edit sendiri tau video tu :P

Kami sampai di villa petang dekat-dekat pukul 5 atau 6. Masa ni hujan dah mula turun sikit-sikit. Jadi, terpaksa kami balik ke villa. Kalau tak kami nak pergi tengok matahari terbenam (sunset). Tak ada rezeki lagi. Huhu..

Sampai resort, kami terus order menu untuk makan malam kami. Sebenarnya di Sunset Palms Resort ni ada menyediakan candle light dinner. Harga dalam RM300 macam tu. Kami rancang untuk celebrate di tepi kolam renang villa kami lah. Tapi, disebabkan cuaca yang tidak menyebelahi kami lagi, kami terpaksa order menu biasa dan makan di tepi bilik yang ada bumbung sikit. Kalau tak, kami nak makan dekat tepi kolam yang ada pokok-pokok tu. Yang ada rumput. 

Sebab kebanyakkan menu yang ada untuk candle light dinner adalah berasaskan makanan laut. Dengan cuaca yang asyik hujan, makanan-makanan laut memang payah nak dapat. Kalau ada pun, harga akan jadi mahal sedikit.

Soto Ayam (Indonesian Chicken Broth) 60,000Rp & Milkshakes Vanilla (45,000Rp)
Indonesian Chicken Curry (100,000Rp) & Smoothies Sunset Palms (45,000Rp)
Menu makan malam istimewa sempena anniversary kami.
Kali ni sorang satu makanan dan minuman. Tak kongsi-kongsi lagi dah. Kahkahkah.

Jumlah keseluruhan makan malam kami adalah 250,000Rp (RM75) tak termasuk dessert Nutella Pancakes. Sya tak ingat pula harga untuk Nutella Pancakes ni berapa. Huhu.. Tapi, oklah kan total RM75?

Nutella Pancakes

Sebelum tidur kami jamak solat fardhu Maghrib dan Isyak dulu. Lepas tu kami telankan 4 caplets OSTEMATRIX bagi melegakan sakit-sakit dan sengal-sengal badan kami yang dah terlalu letih serta penat sebab pusing satu pulau.

Ok lah. Sya rasa setakat ni je dulu entry blog Sya untuk hari ketiga di Gili Trawangan. Insyaallah, Sya akan cuba sambung entry terakhir Sya dan suami bercuti di Gili Trawangan ni nanti.

Stay tuned okay?! :)

No comments:

Post a Comment