Sunday 5 February 2017

PERCUTIAN PERCUMA BERSAMA PERODUA MALAYSIA BERNILAI RM2,600






Ya Allah. Tak sangka sangat boleh dapat TRAVEL VOUCHER bernilai RM2,600 daripada Perodua! Grand Prize Winner pula tu!

Inilah yang dikatakan "REZEKI TAK PERNAH TERSALAH ALAMAT" tu kan? :") :")

Disaat keinginan Sya NAKKKKK sangat travel tahun lepas, tiba2 suami Sya call dari office nya beritahu berita gembira ni. Kemain happy dan excited kau bila dapat tahu! Hehe.

Pada hal Sya baru je lagi balik dari PERTH, WA Julai tu. Huhu.. Yang Perth ni Sya pergi dengan Team SPA Sya di bawah Projek The Walking Beauty (TWB). Memang setiap tahun akan ada trip ke luar negara pun. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, bulan September tahun ni kami akan ke MALDIVES pula :) Ini siapa yang nak join, boleh ye. Cuma pastikan korang dah pun menjadi sebahagian daripada Team TWB kami dulu. 

Ok, back to travel voucher Perodua ni..
Kisahnya suami Sya ni memang jenis yg suka cuba nasib kalau ada contest ke promosi dsb.

Macam sebelum ni PETRONAS ada buat promosi yang dapat percuma payung dengan beg tu kan, itu pun kemahin gigih dia kumpulkan resit2 dia isi minyak tau utk redeem point terkumpul. Baguskan? Hihi. Tapi, masa ni Sya yang tolong redeem kan dekat PETRONAS Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Yang Perodua ni pula suami Sya join "UFirst Anniversary Contest" (1 Oct - 31 Dec 2016) masa dia pergi service 'En. Oren' dia di Perodua, Jalan Rasah. Suami Sya ni jenis yang disiplin jugalah dalam bab2 service kereta.

Masa join contest tu, kita boleh pilih hadiah siap-siap. Ye lah, kot-kot ada rezeki terpilih dan menangkan..

Antara hadiahnya Samsung 43" Flat Ultra Slim Full HD SmartLED, Perodua Service Voucher worth RM2,600, Travel Voucher worth RM2,600, Huawei P9 Smartphone dan Perodua Service Voucher worth RM100.

Dan suami Sya of course pilihhhhh.. TRAVEL VOUCHER WORTH RM2,600! Sebab dia tahu isteri dia ni suka travel! Hahahah..

Kebetulan wedding anniversary kami jatuh pada bulan Februari. Makanya, kami decide gunakan travel voucher ni untuk celebrate wedding anniversary kami yang ke-4 tahun di destinasi yang telah kami pilih bersama.

Tapi, "Kemanakah Kami??"

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Tungguuuuu.. Hehe. Insyaallah, nanti Sya update entry blog Sya ke destinasi percutian kami okay?

Yang pasti Selasa (7 Februari) ni sehinggalah 10 Februari kami akan ke destinasi yang telah pun kami pilih bersama untuk sambut anniversary kami.

To be continue..

Anyway, thank you so much Perodua for this unexpected prize! 




13 Disember 2016
Perodua Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan