Thursday 12 March 2015

7th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta!!!




Yeay!!! Akhirnya kami suami isteri dapat juga tiket untuk ke "Hot Air Ballon" kali  ni! Alhamdulillah.. ;)


Eh. Lupa pula nak bagi salam.. Excited punya pasal sebab dapat tiket, lupa terus.. Huhu.. Assalammualikum semua! Heee...


Punyalah Sya suka pasal "Hot Air Ballon" ni.. Sampai siap beli lagi luggage yang ada gambar "Hot Air Ballon" time bercuti di Langkawi tau.. Hihi.




Ok2, Sya bukan nak cerita pasal luggage "Hot Air Ballon" yang Sya beli dekat Langkawi ni.. Tapi, Sya nak kongsi cerita dengan korang kenapa Sya macam 'fanatik' sangat kalau something yang melibatkan "Hot Air Ballon!" ;)


19 March 2011

Where Everything Begins......


Aicecece..


Kalau korang nak tahu.. Tarikh ni lah kali pertama Sya 'meeting' dengan suami Sya di Festa Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang ke-5! So, sekarang ni korang dah tahukan kenapa Sya 'fobia' sangat bila something yang melibatkan "Hot Air Ballon" ni? :P


Kami 'meeting' tau bukan 'dating.' Hikhikhik. Ye lah, kalau dating mesti berdua right? Tapi, time kami berjumpa tu.. Kami ditemani kak ngah Sya, adik perempuan Sya, anak2 kak ngah Sya, dan juga maid kak ngah Sya. So, bukan dating lah kan? :p


Tapi, time ni kami tak ada rezeki nak naik belon tu.. Tiket dah sold out! Seriously dissapointed gila time tu especially Sya dan adik perempuan Sya! Uhuhuhu.. 


Bila fikir balik, apa salahnya kan kalau time tu si 'jejaka handsome' beratur awal2 pagi belikan tiket untuk Sya dan yang lain2? Kata nak 'tackle' Sya kannn... So, kenalah 'tackle' family Sya dulu.. Muahahahah!

**jejaka handsome : suami Sya. Bukan Sya yang cakap dia handsome tau.. Dia sendiri yang selalu masuk bakul angkat sendiri. :P


Disebabkan time ni Sya tak dapat naik belon udara panas ni.. So, Sya 'balas dendam' untuk festa belon udara panas yang seterusnya.. Hihi. 


29 March 2014

Time ni Sya dah halal menjadi dan bergelar seorang isteri solehah, baik, dan 'cute' buat suami Sya.. xD


Again. Tak ada rezeki kami untuk naik "Hot Air Ballon" ni.. Walaupun kami datang awal pagi, tapi tiket dah habis dijual.. Sob3. Yang paling sedih tu, kami dah beratur panjang kot untuk beli tiket.. Tup2 dapat tahu tiket dah sold out! 


12 March 2015

Kami tak berputus asa.. Kami tetap mencuba nasib untuk "Hot Air Ballon" tahun ni! Alhamdulillah, suami Sya sempat buat online purchased untuk tiket "Hot Air Ballon" ni. Harga tiket untuk seorang adalah RM12 dan ia limited untuk 300 orang terawal sahaja..


Kami kunci jam seawal 430 pagi tau.. Nampak tak how excited we are! Hahaha.. Tapi, last2 bangun pukul 500 pagi.. -_- -_-


Alhamdulillah, sempat Tahajjud.. :") Dah panaskan nasi goreng kampung yang beli malam tadi, dah breakfast, dan solat Subuh.. Kami pun terus bergerak pukul 630 pagi ke Putrajaya.. Kami kena collect tiket sebelum pukul 730 pagi. Alhamdulillah, kami sampai di Putrajaya pukul 710 pagi macam tu.. 


Sampai2 je, kami terus ke 'Red Zone' for collecting our tickets! And guess what?????? Tickets sold out for the 3rd time!!!!!! Rupa2 nya tiket yang suami Sya beli through online tu adalah tiket untuk kami access ke tempat belon2 udara panas secara dekat.. It's oklah! Yang paling penting dapat mengenang kembali saat2 pertama kali kami berjumpa! Ahaks.


Jom layan gambar2 di sekitar "Hot Air Ballon" yang ke-7 di Putrajaya~~~


Sekitar jam 730 pagi
Tiket kami hanyalah untuk kami access ke sini! -_- -_-

Balloonist tengah bagi belon2 mereka besar, besar, dan besar! 

Hampir menjadi!

Hampir hampir hampir menjadi! xD

Yeay! Dah jadi~~~
We are here! 
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta~




With Humpty Dumpty!

Humpty Dumpty with my husband~

Muka orang pun ada! Scaryyyyyy.. 
Ahahahah.


Balloonist from Thaniland
What an 'Amazing Thailand!'

Oh, I'm melting when I see u, Humpty Dumpty!
You are so so so cute!!!

Thumbs up? Not good lah for this balloon. -_-
Hahahah..

Korea? Korea? Korea?

Ok, no wonder my husband was so excited with this balloon.
Ada bendera Korea, tempat di mana dia belajar selama 6 tahun!

So many balloons behind us!
Love all of them damn much!


Tengok tu.. Tengok tu.. Tengok tu..
Dia dah terbanglah!

Mata Sya tidak sesepet itu! 
Abaikan kesepetan dan kekecikan mata Sya!
Dah start ada matahari time ni..



Festa ni bermula hari ini (12 Mac 2014) sehingga 15 Mac 2014 (Ahad) ini sahaja.. Kalau korang yang tak kerja esok tu, bolehlah datang ke Putrajaya ni. Best pergi time weekdays sebab ramai yang kerja. So, tak adalah ramai orang sangat.. Parking pun senang nak masuk and keluar.. 


Macam kami, kami pergi hari ni sebab suami Sya ambil cuti.. Sya pula everyday cuti! Ahahahah. Itu yang best kalau jadi "Working-At-Home-Wife!" I have time freedom! I can go everywhere I want and I can do whatever I want tanpa perlu minta permission boss atau tanpa perlu apply cuti! Berminat nak tahu Sya kerja apa dan berminat nak jadi macam Sya? Contact Sya untuk Sya kongsikannya bersama korang! ;)


Yang kena bekerja esok, tak apa. Sabtu dan Ahad korang boleh pergi.. Yang dah ada anak2 pun, kalau tak tahu nak buat apa weekend ni, korang boleh bawa anak2 korang datang Putrajaya ni tengok "Hot Air Balloon." Selain tu, ada maaaaaacam2 aktiviti lagi yang sesuai dengan usia anak2. 


Good night! 






















Thursday 5 March 2015

Perut Kenyang Dengan ESP Shaklee!!! | Diet Yang Berkesan dan Berkhasiat

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Yeay! PROMOSI ESP kembali lagiiiiii!!! Kali ni lagi super best promosi yang Shaklee buat untuk ESP tau! Kalau bulan2 sebelum ni, Shaklee tak ada bagi option untuk beli ESP ni right? Siapa yang nak harga promosi, MESTI BELI 6 terus! 


Tapi, untuk bulan ni (Mac 2015) Shaklee bagi semuaaaaaa merasa 2 options ni :

1) Beli 6 PERCUMA 1



2) Beli 2 dan dapat 5% DISKAUN





Sya percaya semuaaaaaa mesti nak memiliki stok ESP untuk diri sendirikan.. Kalau tak dapat memiliki sampai 6 sekalipun, at least 2 pun cukuplah kan.. Hihi. 

Ok, malam ni Sya nak cerita tentang macam mana ESP SHAKLEE dapat membantu Sya sentiasa rasa kenyang sampai tak makan nasi sehari pun tak apa! ;)

Tapi, sebelum tu Sya explain awal2 ye yang ESP ni bukan sahaja untuk mereka yang nak kurus tau! Tapi, ESP juga sangat sesuai untuk IBU MENGANDUNG, ORANG TUA, LELAKI & PEREMPUAN (Yang belum berkahwin / sudah berkahwin). Dannnnnn kanak2 yang berusia 1 tahun ke atas pun boleh minum tau!


{MACAM MANA ESP SHAKLEE BUAT SYA RASA KENYANG???}

Setiap kali SEBELUM BREAKFAST, LUNCH, dan DINNER.. Sya akan pastikan yang Sya minum ESP dulu sebelum makan. 

Disebabkan maximum intake adalah 3 table spoon sehari.. So, Sya devide kan setiap sesi 1 sudu. 

Contoh :

Sebelum breakfast = 1 sudu ESP
Sebelum lunch = 1 sudu ESP
Sebelum dinner = 1 sudu ESP

Bila Sya buat macam ni, nafsu makan Sya tu kurang membuak-buak macam sebelum2 ni (Sebelum minum ESP). Hihi. Tapi, serious lah! Kalau tak percaya, korang boleh try.. Tapi, yang Sya perasanlah kan, masuk je bulan Mac hari tu, Sya hanya breakfast dan lunch dengan ESP sahaja! 

Time breakfast tu, Sya bancuh 2 sudu ESP.. Kadang2 Sya bancuh sampai 3 sudu terus! Senang! Memang kenyang sampai ke tengaharilah! 

Kalau sebelum2 ni, Sya akan makan nasi 2 - 3 kali sehari.. Sekarang alhamdulillah Sya boleh makan nasi 1 hari sekali jeee... Tak makan langsung pun tak apa.. Heee... Cuma sebab Sya dah berkahwin, so nak tak nak kena jugalah makan nasi teman suami Sya makan bila dia dah selamat sampai rumah dari tempat kerja.. Tapi, Sya akan pastikan yang kami berdua dinner sebelum jam 7 malam. Risau berat badan naik punya pasalkan...... Hihi.

ESP ni kan korang boleh bancuh dengan apa2 jenis air favourite korang tau.. Macam Sya, Sya pernah try :

  • ESP + TROPICANA TWISTER ORANGE
  • ESP + SUNQUICK MANGO SQUASH 
  • ESP + MARIGOLD PEEL FRESH ORANGE 
  • ESP + SHAKLEE COLLAGEN POWDER (Yang ni Sya bancuh dengan air kosong biasa je)

3 sudu bancuhan ESP + Tropicana Twister Orange
Ya Allah.. Sedapnyaaaaaa.. Terasa manis buah oren! 


3 sudu bancuhan ESP + Sunquick Mango Squash 
Sunquick Mango Squash ni dah siap bancuh oleh mama mertua Sya dalam botol.. 
So, Sya just tuang je dalam shaker dan tambah ESP.. 
Sebab tu tak ada gambar botol Sunquick Mango Squash.. Huhu..
Apa pun, rasa dia.. Perghhh... FRESH!!!


3 bancuhan ESP + SHAKLEE COLLAGEN POWDER dengna air kosong.
Rasa dia tak boleh kalah juga! Sedapppppp!!! 
Terasa PURE SOYA!!! Letak pulak ais sikit.. Hihi.


[KENAPA ESP SHAKLEE DIGEMARI RAMAI DAN MENJADI "HOT PRODUCT???"]

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, lembut, putih gebu, dan berseri.

2) ESP menganjalkan semual payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikan payudara anda.

3) ESP memberi tenaga, kurang letih, dan badan pun sihat.

4) Bagi ibu2 yang menyusukan anak, ESP sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu "milkbooster" yang HEBAT.

5) ESP juga membantu menghasilkan SUSU yang lebih PEKAT dan berKRIM, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.

6) Bagi ibu2 mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.

7) CEPAT KENYANG dan membantu dalam pengurusan berat badan.

8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka. Parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

9) Berkesean mengurangkan Eczema dan masalah kulit.


Nak tahu BEST PRICE untuk ESP??? Yes! Jauh lebih murah untuk promo bulan ini! Juga ingin mendapatkan SHAKER SHAKLEE yang BERNILAI RM10 SECARA PERCUMA? Boleh terus contact Sya di 013 -476 5930 / PM FB Sya (FB : Sya Syasya) / email Sya di aisyahrazak90@gmail.com.

Insyaallah, Sya akan "guide" semuaaaaaa customer yang beli ESP atau mana2 produk Shaklee (Promo / Bukan promo). FREE CONSULTATION YANG BERTERUSAN untuk semua customer Sya. :)





Shaklee always SAFE | Shaklee always WORKS | Shaklee always GREEN


Your Trusted SID
Siti Aisyah binti Ab Razak
Working - At - Home - Wife (WAHW) with 4 figures income
No. ID : 1034673

Tuesday 3 March 2015

TAMBUN | Lost World Hot Srpings & Spa

Continue from previous entry... http://isterihasriakhmal.blogspot.com/2015/03/our-2nd-anniversary-lost-world-of.html



1st activity Sya dan suami bila sampai di Tambun, kami pergi ke "Hot Springs & Spa." "Hot Springs & Spa" ni mula buka dari jam 6.00 pm - 11.00 pm.. 


Disebabkan 5.30 pm macam tu kami sampai di Tambun, so we have decided untuk pergi after Maghrib.. Kami hanya berjalan kaki dari hotel ke "Hot Springs & Spa" ni.. Tak jauh pun sebab "Hot Springs & Spa" (Theme Park) ni berhadapan dengan Lost World Hotel.. Dalam 5 minit je dah boleh sampai..


Jom, layan gambar2 di sekitar "Hot Springs & Spa" waktu malam ok. ;)



Lost World Hot Springs & Spa

 Let's go to Lost World Hot Springs & Spa!

Disebabkan kami pergi time CNY, so dekat entrance Lost World ni ada 
"Gong Xi Fa Cai."



Nampak tak macam ada api dekat belakang tu.. 
Actually, malam ni ada "Flamming Percussion."



"Flamming Percussion" tu macam dalam gambar dekat bawah ni :



Picture credited to sufentan

Picture credited to sufentan



Sambil2 tu ada orang yang menyanyi.. Best lah sebab sambil mandi sambil boleh tengok orang main api! 



 Tak suka gambar ni sebab nampak kaki Sya macam entah. Bantut? Pendek? 
Wakakakak


Hot Springs & Spa
Foot Spa~

Lost World Ipoh Street 



Di sepanjang Lost World Ipoh Street ni ada pelbagai kedai yang menjual makanan dan minuman. Kebanyakkannya kedai2 yang dijaga oleh kaum India dan Cina..







Perut tak tahan lapar dah, so jom balik bilik bersihkan diri and dinner! To be continue for the 2nd day in Tambun~ Stay tune! ;)





Monday 2 March 2015

Our 2nd Anniversary @ Lost World of Tambun, Perak~~~

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~



Assalammualaikum semua! 


Wahhh... Dah masuk bulan 3 dah rupanya untuk tahun 2015.. How time flies! 


Actually, my anniversary dah lepas.. It was last month, 9 Februari 2015. Tapi, baru hari ni Sya berkesempatan nak update.. Ok, tak naklah berceloteh panjang2.. Hihi. Meh Sya kongsikan dengan anda semua kenapa Tambun menjadi destinasi untuk Sya dan suami celebrate our "2nd Anniversary"... ;)


Kebetulan ada wedding one of my close friend di Kamunting, Perak.. Wedding kawan Sya tu 7 Februari (Sabtu). So, dah alang2 dekat Perak.. Sya dan suami pun plan lah untuk celebrate our anniversary dekat Perak je.. 


Disebabkan kami berdua tak pernah lagi pergi ke Tambun, so kami pun terfikirlah untuk ke sana bagi meraikan anniversary kami.. Dah alang2 dekat Perak kan.. Walaupun Sya ni pernah belajar di Perak selama 2 tahun setengah, tapi tak pernah pun bercuti di Tambun.. -_-


Few days before (5 Februari) kami ke Tambun, suami Sya buat online booking di Agoda. We have decided untuk stay di Tambun selama 3 hari 2 malam.. Total untuk 3D2N ni adalah RM439.90. Kami memilih room type jenis "Exotic." Actually, harga untuk bilik "Exotic" ni RM5,00+. Tapi, sebab kami booking di Agoda, so itulah dapat harga RM439.90.. Jimat dekat RM60+ jugalah.. 


Booking Tips : Survey harga2 bilik yang ada di website2 seperti Agoda, Trivago, TripAdvisor dll.


Selain "Exotic" ada few types of room lagi :

1) Super Suite (MYR1,200.00+)




 2) Premiere Suite (MYR1,000.00+)




3) Executive Suite (MYR900.00+)




4) Deluxe Suite (MYR800.00+)




5) Classical Room (MYR600.00+)




6) Exotic Room (MYR500.00+)





Kami memilih "Exotic Room" disebabkan bilik2 yang lain semuanya besar2 (sesuai kalau bercuti dengan keluarga).. Lagi pun, kalau tak silap Sya lah kan, time suami Sya book tu.. Room yang available hanya "Exotic Room" dengan lagi satu apa entah. Tak ingat. Lol.


Kami gerak dari rumah kawan Sya tu pukul 3:30 petang macam tu dan sampai di Tambun around 5:30 petang.. Almost 2 hours jugalah perjalanan.. Tambun ni terletak di ibu negeri Perak iaitu Ipoh.


Macam biasalah, kalau sampai je hotel of course kita akan check in dulukan.. So, suami Sya yang turun pergi check in dan Sya duduk dalam kereta time tu.. Heee... Bukan Sya tak nak turun sama2 dengan suami Sya.. Tapi, sebab kami parking kereta sekejap betul2 di depan sliding door di pintu utama.. Penjaga Hotel Lost World ni yang minta kami parking sekejap di sini untuk memudahkan kami check in.. 


Lepas dah dapat kad untuk access ke bilik kami, Sya naik ke bilik dulu bawa barang2.. Tapi, bukan Sya pun yang bawa barang2 tu semua.. Sya bawa handbag je.. Hihi. Staff di Tambun yang tolong angkatkan barang2 Sya dan suami.. Staff2 Hotel Lost World ni sangat friendly dan helpful. 5 stars for their service! Hikhikhik. Suami Sya time ni pergi cari parking.. 


Andddddd..


Perempuankan.. Sinonim dengan "habit" yang suka ambil gambar2 bila dah masuk bilik hotel.. :p 


Bukan apa, kenangan tu! So, enjoy watching! ;)



Our bathroom
Hihi!





Bau kedai lagi kasut Onitsuka Tiger tu! 
Hadiah Sya untuk suami Sya time birthday dia 27 Januari lepas.. Hihi.

Pakaian kami sepanjang 3D2N~
Nutriferon Shaklee dan "askar2" kami yang lain WAJIB bawa bercuti sekali hokehhh... xD

Time zzz kami rapatkan katil! Upsss... ><

The Star tidak dapat dipisahkan lagi dengan incik acuben Sya! 
Sob3! Ngehhh~~~

Directory?

Wow.. Siap ada "Valentine's Day Special" gitttuuu...
Ehem.. Ehem.. Yang belum halal tu jangan nak mengada-ngada romantik eh..

Tak sempat pun nak pergi relax2 badan dan minda di Spa..



Eh! We all nak menyelit dalam gambar juga.. :P

Tadaaa... Inilah "askar2" kami yang Sya cakap dekat atas tadi tu..

NUTRIFERON - Menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan "interferon" semulajadi dalam badan. Sebab tu Sya dan suami sihat dan bertenaga je sepanjang percutian kami! Biiznillah..

OMEGA GUARD - Memang sesuai sangat untuk kami suami isteri yang banyak makan ni.. Insyaallah, Omega membantu menurunkan kadar kolesterol.

VITAMIN E - Membekalkan Vitamin E dan selenium semulajadi yang dapat meningkatkan kesuburan. Ini suami Sya je yang makan.. Hihi.

VITAMIN C - Sya akan pastikan Sya sentiasa cantik dengan Vitamin C! :p

OSTEMATRIX - Bagus untuk tulang. Sangat membantu Sya yang banyak berjalan ni! Memang tak adalah bisa2 atau lenguh2 kaki dan seluruh badan. Biiznillah..

HERB-LAX - Si "Julap Moden." Hihi. Sangat membantu Sya dalam pelawasan setiap kali lepas melantak! Kikiki. 


Oh, lupa pula dengan "Set Optimum Health" kami. Yang ni Sya bawa sekali botol2 dia sebab pillbox Sya ni dah tak muat nak isi VITA-LEA dan B-COMPLEX! 3D2N punya bekalankan! Sob3.



Aktiviti kami sebelah malam untuk hari pertama di Tambun adalah berendam di kolam air panas / "Hot Springs."


"Hot Springs" ni start open 6:00 pm - 11:00 pm. Sya dan suami berendam dari pukul 8:30 pm sampai 10:00 pm macam tu je.. Sebab perut dah tak tahan lapar time tu! Huhu..


Sampai je bilik hotel, kami mandi bersihkan diri.. Suami Sya turun bawah sekejap untuk beli dinner kami.. Kami dinner dalam bilik hotel je disebabkan perjalanan kami dari Melaka - Perak siang tu yang memenatkan dan kami mengambil keputusan untuk tidak keluar ke mana-mana malam tu.. 


Oh, ye. Dekat bawah hotel ni ada PappaRichEXP sahaja! So, hentam sajalah labu... Dah lapar sangatkannn... Hihi. Suami Sya beli "Fried Rice." Suami Sya beli satu bekas je sebab harga "Fried Rice" ni RM16.90! Tapi, alhamdulillah kenyang walaupun kami share makan.. Ada ayam goreng seketul yang besar + telur mata. Oklah tu kan untuk RM16.90 punya harga.. Huhu..


Ok, nanti Sya sambung lagi percutian Sya dan suami sepanjang kami di Tambun di next entry ok! Sya harap entry Sya kali ni dapat beri anda sedikit informasi berkenaan Hotel Lost World of Tambun.. Kot2 lah ada yang plan nak bercuti di Tambun akan datangkan..


Thank you for reading! ;)