Friday 10 July 2015

SKBBST : Diari Seorang Guru Ganti

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~

10 JULAI 2015


Hari ni dah masuk minggu ke-4 Sya mengajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SK BBST), Sepang, Selangor sebagai Guru Ganti (Guru Sementara). Alhamdulillah.. :")

Suatu pengalaman yang Sya tak akan lupakan sampai bila-bila! Bukan mudah, bukan senang untuk menjadi seorang pendidik. Lagi-lagi untuk Sya yang baru pertama kali mengajar! Pendidikan bukanlah bidang sebenar Sya.. "Degree of Bachelor of Business Administration (Hons) (Human Resource Management)" dan "Diploma in Office Management and Technology" adalah bidang sebenar Sya. Huhu..


BIDANG YANG SANGAT BERBEZA, TETAPI DITERIMA MENJADI GURU GANTI???

Rezeki Allah S.W.T. itu pasti tidak tersalah alamat untuk setiap hamba-hambaNYA. Sya diterima untuk menjadi Guru Ganti adalah disebabkan aturan yang telah ditentukan olehNYA. =)

Yang pasti Sya hanya berusaha dan selebihnya Sya berdoa serta bertawakal kepadaNYA. Untuk makluman semua, especially rakyat Selangor yang berhasrat untuk mengisi kekosongan sebagai Guru Ganti di sekolah-sekolah rendah atau menengah di sekitar Selangor.. Anda perlu mengisi dan menghantar permohonan anda secara atas talian (online) di esggs.juict.net

Lepas dah isi tu, kenalah rajin follow-up dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) okay! Insyaallah, kalau ada rezeki, anda akan diterima sebagai Guru Ganti. :) Macam Sya, Sya apply since awal tahun lepas (awal tahun 2014) kalau tak silap. Lepas setahun baru Sya diterima.


17 JUN 2015

Hari pertama Sya menjejakkan kaki di SK BBST. Huhu.. Sya sampai di sekolah untuk melapor diri sebagai Guru Ganti di situ sebelum jam 7:30 pagi. Seriously rasa blur tak tahu nak buat apa time tu! Just tunggu Guru Besar sampai sambil Sya tengok cikgu-cikgu lain punch card.

After few minutes..

Sya berjumpa dengan GPK 1, Puan Azura. Pn. Azura lah yang memberi penerangan kepada Sya sebelum Sya mula mengajar. Sya dimaklumkan terdapat 4 kelas bagi setiap tahun (Tahun 2 - Tahun 6) kecuali bagi Tahun 1 yang mempunyai 5 kelas. Antara nama-nama kelas di SK BBST adalah Budi (Kelas Pertama), Bakti (Kelas Kedua), Setia (Kelas Ketiga), Tekun (Kelas Keempat), dan Sopan (Kelas Kelima bagi Tahun 1). 

Selain itu, Sya juga dimaklumkan berkenaan dengan buku-buku yang perlu ada di atas meja guru di dalam kelas. Antaranya :

  1. Buku Kedatangan
  2. Buku Kawalan Kelas
  3. Buku Kerja Rumah


Jadula Waktu 2015

Untuk minggu pertama, Sya diberi jadual salah seorang ustazah di situ. Sepatutnya Sya ganti Guru Pendidikan Khas yang cuti bersalin.. Tapi, disebabkan Sya tak pernah dan belum pernah attend mana-mana kursus yang melibatkan Pendidikan Khas, so Sya diarahkan untuk menggantikan tempat ustazah tersebut. Manakala ustazah tersebut ambil tempat Sya sebagai Guru Pendidikan Khas. 

Sepanjang minggu pertama di sekolah, Sya dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid-murid Tahun 1 Sopan, 1 Tekun, 2 Tekun, 3 Bakti, 3 Tekun, 5 Budi, dan 6 Setia. Semua kelas ni Sya ajar Pendidikan Islam yang terdiri dari Quran, Jawi, dan Tasmik. Nasib baik Sya ada "basic" agama. Huhu.. Sebab dulu Sya sekolah Arab (Form 1 - Form 5). Heee... :D

Minggu kedua pula jadual waktu Sya bertukar. Pada minggu ni, Sya hanya dapat kelas-kelas untuk diganti (relief) sahaja. Fuhhh... Seriously mencabar! Subject dan kelas yang berbeza-beza! Antaranya :

ISNIN :
Bahasa Malaysia (BM) Tahun 5
Pendidikan Kesihatan (PK) Tahun 3
Pendidikan Seni Visual (PSV) Tahun 6

SELASA :
Selasa ni banyak sikit kelas relief Sya. Penat!
DM2 (Muzik) Tahun 2
Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
BM Tahun 5 
Matematik (MT) Tahun 4

RABU :
PSV Tahun 5
Sains (SC) Tahun 4
DST Tahun 2

KHAMIS :
SC Tahun 4
SC Tahun 5

JUMAAT :
MT Tahun 1
Sains (SN) Tahun 2
Sejarah Tahun 4


Apa yang Sya boleh katakan untuk 2 minggu pertama Sya menjadi Guru Ganti adalah PENGALAMAN "mengajar" dan "mendidik" murid-murid dari tahun yang berbeza-beza. Setiap tahun dan kelas berbeza perangai setiap muridnya. Huhu.. 

Kalau mengajar kelas-kelas last, Sya perlu rendahkan penggunaan bahasa Sya supaya murid-murid lebih memahami apa yang cuba Sya sampaikan kepada mereka. Kalau mengajar kelas-kelas pertama pula, Sya perlu bersedia dari segi ilmu yang tinggi. Sya kena pastikan ilmu Sya lebih tinggi daripada mereka sebelum mereka memperlekehkan apa yang cuba Sya kongsikan dan sampaikan kepada mereka. Caranya, Sya perlu study atau buat revision atau bertanya dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman dan mahir dulu sebelum Sya masuk ke kelas mereka untuk mulakan mengajar.

Minggu ketiga dan keempat, Sya dah dapat jadual yang tetap.. Sya diberi tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik murid-murid Tahap 1 iaitu 1 Tekun untuk subject MT dan BM. Kedua-dua subject ni adalah subject LINUS. Apa yang Sya faham berkenaan LINUS adalah dua subject (BM & MT) yang mana majoriti murid-murid lemah especially kelas-kelas hujung. 

Ok, sambung semula berkenaan dengan jadual tetap Sya. Jadual baru Sya ni tak berapa pack, so kalau ada hari yang Sya langsung tak ada kelas macam hari Isnin.. Sya akan dapat kelas untuk relief. Kadang-kadang ada jugak dapat kelas relief untuk hari-hari lain.


PROFESSION SEBAGAI SEORANG GURU MEMENATKAN? YE KE???

Dari segi jam bekerja (working hours) untuk SK BBST adalah bermula jam 7:30 pagi sehingga 1:45 petang atau 2:00 petang. Kiranya semua guru dan staff2 SK BBST mesti datang ke sekolah sebelum jam 7:30 pagi. 

Macam Sya, jarak antara rumah Sya dengan sekolah hanya mengambil masa kira-kira 15 minit macam tu lah. Biasanya Sya dan suami Sya akan keluar dari rumah lebih kurang jam 6:50 pagi atau 7:00 pagi. So far, dah hampir 2 bulan Sya jadi cikgu, alhamdulillah belum pernah lagi Sya rushing atau terpaksa tempuh jem pagi-pagi. Ye lah, tempat kerja dekatkan.. Huhu..

Secara jujurnya, bagi Sya menjadi guru untuk sekolah rendah tidaklah begitu penat kalau 
guru-guru hanya perlu menjalankan tugas hakiki (mengajar dan mendidik) murid-murid sahaja. Cuma apabila guru-guru dilibatkan dalam pelbagai aktiviti dan tugas sekolah, itu yang membuatkan semua guru rasa penat. 


CABARAN MELAPOR DIRI SEBAGAI GURU GANTI SEHARI SEBELUM BERPUASA 

Sya mula melapor diri di SK BBST pada 17 Julai 2015 (Rabu). Esok tu (Khamis, 18 Julai) dah mula puasa. 1st day Sya di sekolah, Sya dah kena relief kelas. Antara kelas yang Sya relief adalah kelas 3 Bakti (DSV Seni), 3 Tekun (BI), dan 1 Budi (BI). Wohaaa! Kena ajar BI tu...... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. :) Cuma biasalah. Kalau jadi cikgu ni, suara kita kena pastikan kuat supaya semua murid boleh dengar suara kita. Boleh dengar apa yang kita sampaikan kepada mereka. 

Bila dah hari-hari kena kuatkan suara, lagi-lagi bila bulan puasa.. Memang ia menjadi satu cabaran untuk Sya! Even guru-guru yang lain pun sama. Ini belum masuk lagi murid-murid yang suka bermain, bercakap, usik kawan, tak faham dsb. Huhu.. Memang suara ni jadi "aset" penting untuk mereka yang bergelar gurulah.


KENAPA APPLY JADI GURU GANTI? BUSINESS DAH TAK OK KE???


2 jam = RM100
Natural Home Spa & Mobile Spa

Feeback customer 

 
Permintaan SPA sangat tinggi setiap hari!


So, bukan sebab business SPA atau Shaklee Sya dah tak ok.. Tapi sebab :

  • Experience. Yes. Pengalaman. Nak merasai pengalaman sebagai seorang pendidik (guru). At the same time nak merasai suasana bekerja dengan kerajaan. Hikhikhik.
  • Networking. Untuk orang yang buat business macam Sya, of course networking is very very very important! Selain tu, dapat kawan-kawan baru! Untuk orang yang friendly macam Sya jugak, memang best lah kan bila dapat lebih ramai kawan. Hihi.
  • Bored. Hahahah.. Kadang-kadang rasa bosan jugak bila duduk rumah sorang-sorang. Huhu.. Walaupun dekat rumah kita boleh bangun pukul berapa yang kita nak, boleh tidur bila-bila masa yang kita rasa mengantuk, nak online 24 hours, nak tengok tv, movie, youtube dll.. Tapi, ada masa Sya perlukan someone untuk Sya bercakap. Ini kalau Sya lah..
Cuma bila kita berada di rumah, kita boleh spend much more time untuk beribadah. Contohnya, setiap pagi (7:00 - 8:00) kita boleh tengok dan dengar Tanyalah Ustaz di TV9. Lepas tu dapat tengok Hadis dan Upin Ipin. :P Dapat solat sunat Dhuha bila-bila masa yang kita nak (sebelum jam 11:00 pagi). Dapat baca surah Yasin selepas Dhuha, dapat bertasbih, bertahmid, bertakbir, berzikir, selawat, dan istighfar lebih lama. 

Kalau dekat sekolah sekarang, boleh je nak tunaikan solat sunat Dhuha.. Tapi, kena pastikan sebelum jam 9:40 pagi atau selepas jam 10:30 pagi sebab kedua-dua waktu ni adalah waktu rehat bagi Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan Tahap 2 (Tahun 4,5,6) bagi sesi tazkirah sempena Ramadhan Al-Mubarak. Kadang-kadang Sya jugak ditugaskan untuk memberi tazkirah. So, memang kena pastikan yang Sya free betul dan tak ada kelas waktu tu. Dari segi mengaji pulak, yang ini tak ada masalah sebab bila Sya sampai sekolah awal, Sya boleh mengaji sebelum kelas start. ;) 

Di SK BBST, setiap pagi Jumaat akan diadakan majlis bacaan Yasin di dataran perhimpunan. 

Ok, sebelum Sya end up entry Sya kali ni.. Jom rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar sekitar majlis atau aktiviti yang di adakan di SK BBST! ;)

Sehari sebelum Majlis Penutup Bulan Panitia Agama Islam SK BBST:




| MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA AGAMA ISLAM | 10 JULAI 2015 |


Persembahan nasyid lelaki

Persembahan nasyid lelaki

 
Persembahan Nasyid Perempuan

Tahun 4, 5, dan 6 SK BBST

 
Bersama Aisya (Kiri) dan Musfirah (Kanan)
Dua-dua ni practical students


Oklah, Sya rasa cukup setakat ni dulu update daripada Sya sebagai Guru Ganti.. Huhu.. Insyaallah, 28 Ogos 2015 (Jumaat) next month, Sya akan mengakhiri tanggungjawab Sya sebagai Guru Ganti di sini. =)


Berminat untuk memiliki SPA anda sendiri?

ATAU

Berminat untuk menjadi AGEN HOME SPA / MOBILE SPA?

ATAU

Berminat untuk membuat "FACIAL" & "FACE MASSAGE?"

Hubungi 013-476 5930 (Puan Siti Aisyah) untuk keterangan lanjut!




















No comments:

Post a Comment