Monday 9 February 2015

"Happy 2nd Anniversary, Abang!"

Alhamdulillah, safely arrived!


Sampai dari mana? Actually, saya dan suami baru je sampai rumah dari Perak Darul Ridzuan...


Buat apa dekat sana? Oh, ada wedding one of my 'geng' during Diploma (2008 - 2010) hari Sabtu lepas.. 


Insyaallah, entry akan datang saya akan kongsikan berkenaan majlis perkahwinan beliau.. Sekarang ni saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan "Ulangtahun Perkahwinan" saya dan suami yang ke dua tahun dulu.. 


Kami berdua sah menjadi pasangan suami isteri yang halal pada 9 Februari 2013 dan hari ini 9 Februari 2015 genaplah dua tahun usia perkahwinan kami.. :") :")


Kalau dua tahun yang lepas, sekarang ni kami sedang 'rushing' untuk gerak ke Seremban sebab kami ada 'malam berinai' nanti.. Huhu.. Tapi, sekarang? Kami sudah pun selamat bersama.. Alhamdulillah.. :")



{CINCIN PERKAHWINAN BUAT SUAMI TERSAYANG DAN TERCIINTA~~~}


Tadaaa... Inilah cincin perkahwinan yang saya belikan untuk suami saya tu! Hihi.

Posing sikit di kedai My Diamond! xD


Surprise yang tak menjadi!!! Bahahahah.

Macam mana nak menjadi surprise nya kalau suami saya yang tolong bawa saya ke My Diamond ni??? Wakakakak. Time ni saya dan suami balik ke rumah parents saya di Melaka.. Saya pula memang plan nak beli cincin perkahwinan untuk suami saya di AEON Bandar Melaka sebab di sini terdapat pelbagai pilihan kedai2 yang menjual cincin emas dan silver.. 


Asalnya saya plan nak belikan suami saya cincin platinum. Tapi, di My Diamond tak ada pula jual cincin platinum dan saya juga diberitahu oleh salah seorang pekerja di My Diamond yang di AEON ini tidak ada kedai yang menjual cincin platinum untuk lelaki pun.. Kebanyakannya adalah emas dan silver.. Emas memang haramlah kan kalau lelaki pakai dalam Islam.. Tak kiralah emas kuning atau emas putih, dua2 adalah HARAM.. 


Erm, actually saya tahu berkenaan cincin platinum ni daripada along saya.. Bila saya call along saya untuk dapatkan kepastian berkenaan cincin platinum ni, along saya beritahu saya yang cincin platinum yang bawah RM1K kebanyakkannya terdapat di KL.. Entah bila pula saya nak ke KL kan.. So, I've decided untuk beli je cincin silver for my husband disebabkan masa yang dah suntuk even ada sedikit kecewa.. Huhu..


A Y A N G

A B A N G 

Kalau tahun2 lepas, saya disarungkan cincin (cincin merisik & cincin bertunang oleh mama mertua) 
dan dipakaikan gelang selepas bernikah (oleh suami).. 
Hari ini saya pula yang sarungkan cincin di jari suami saya.. :") :") :")



Mungkin harga sebentuk cincin 925S+P HOMME MALE RING ni tak berapa mahal.. Tak sampai beribu-ribu pun.. Tapi, saya sangat berpuas hati sebab niat saya untuk hadiahkan sebentuk cincin perkahwinan buat suami saya akhirnya tercapai! Terima kasih Allah di atas rezekiMU ini! :") Alhamdulillah..


Saya percaya dan yakin, sesuatu hadiah itu tidak akan bermakna serta tidak akan bernilai jika ia diberikan hanya untuk menunjuk-nunjuk atau tanpa keikhlasan.. Hikhik.


Belanja satu gambar selepas sesi sarung cincin boleh?! :P



Sedikit coretan buat imamku dunia akhirat......


Mungkin ada elemen jiwang sikit! :p Sediakan sekotak tisu sebelum anda teruskan membaca! Hihi.


"Abang, terima kasih sebab sudi terima ayang dalam hidup abang.. Sudi terima ayang sebagai isteri abang.. Sudi terima segala kekurangan ayang.. Ayang hargai sangat! Abang doakan ayang supaya ayang boleh menjadi seorang isteri yang solehah buat abang dunia akhirat ye? Doakan ayang menjadi seorang ibu yang baik buat anak2 kita nanti.. Doakan ayang menjadi seorang Muslimah Islam yang diredhai Allah S.W.T. di dunia dan akhirat..."


Ok, saya dah menangis! Seriously, saya rasa terlalu banyak dosa, salah, dan silap saya terhadap suami saya sepanjang dua tahun ini! Allahuakbar.. :"( 


Sekarang ni, saya rasa nak dapatkan suami saya, cium tangan suami saya dan minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Apa pun, saya doakan anda semua yang telah berkahwin (tidak kiralah yang baru berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin) semoga rumahtangga yang anda bina bersama-sama pasangan anda kekal hingga ke SyurgaNYA.. Sentiasa dirahmati, diberkati, dan bahagia dunia akhirat.. :")


Jumpa anda lagi di entry2 akan datang! Assalammualaikum~~~