Monday 26 January 2015

NASI ARAB di Ayer @ 8 Putrajaya!!!

Assalammualaikum semua! Tak jawab dosa kalau jawab sayangggggg~~~

Maria Elena sangatttttt~~ Sila muntah hijau berjemaah. :p






Intro

Petang semalam Sya dan suami Sya pergi Alamanda, Putrajaya.. Actually, kami ke sini sebab Sya berniat untuk belikan suami Sya sepasang kasut sempena birthday dia Selasa (27 Jan.) ni..

Kelakarkan? Sepatutnya suami Sya tak bolehlah ada bersama-sama dengan Sya time Sya nak belikan hadiah birthday dia.. Tak surprise lah kannnnnn! Tapi, apakan daya.. si isteri 'buta' sikit dengan taste si suami. -_-

So, dari habis duit beratus-ratus untuk sepasang kasut yang mana mungkin nanti suami Sya tak berkenan.. baik Sya hangkut sekali suami Sya untuk cari dan beli kasut mengikut citarasa dia sendiri! Betul ke betul? (Pd hal sebab utama adalah Sya 'buta' dalam fashion kaum Adam). Hoho. 

Tapi......

Setelah satu Alamanda kami berdua round (sampai 2 - 3 kali), tak ada satu kasut pun yang suami Sya berkenan! High taste juga suami Sya ni! Nak kasut brand Onitsuka Tiger je!!! Onitsuka Tiger pula ada di Sunway Pyramid. Menangis si isteri! Hahahah..


Bermulalah sebuah makan malam yang hebat di...

ALMAEDA ARABIAN CUISINE
THE REAL YEMENI (NASI ARAB) FOOD

Restoran yang kami datang ni berhadapan dengan Masjid Besi dan jambatan Putrajaya tau. Seriously memang caaaaaantik sangat view malam tu! Romantik sangat rasa! Kahkahkah. 

Meh layan gambar2 berlatar belakangkan Masjid Besi dan jambatan Putrajaya..





Kami memang puas hati sangat dengan restoran ni. Seriously! Dah lah bersih.. Servis yang cepat.. View yang cantik.. Dannnnnn.. Of course menu2 yang best! 

Ini antara menu yang kami suami isteri order:


Ini Sya punya!
A007 Chicken Haneeth (Q)
RM13

Sumpah kenyang giler makan "Chicken Haneeth" ni! Boleh makan untuk dua orang! Tapi, disebabkan suami Sya order kebab.. so, terpaksalah Sya habiskan sorang2 nasi ni... -_- -_- Nasib sedap! Gagahkan jugalah untuk habiskan~~


Ini set nasi Sya. 
Ayam ni perghhhhhh memang super lembutlah! 


Ini suami Sya yang punya~
D013 Lamb Kabab Sandwich
RM8


Ok, jus2 ni yang buat Sya menangis bila order! :P
Mine: H005 Strawberry Juice RM15
Incik acuben: H008 Madu 3 Juice RM10

Walaupun mahal, tapi memang tak rugi order kedua-dua jus ni! Strawberry juice sini memang pure strawberry okay! Manisnya susah nak digambarkan dengan kata2.. Datang sini try minum dulu baru tahu.. 

Madu 3 Juice suami Sya pun not bad! 3 layers gitttuuu.. Dahsyat betul lah taste husband Sya ni. Order air pun macam nak beli kasut Onitsuka Tiger! Kihkihkih. 1st layer (dari bawah) yg colour kuning tu perisa mango. 2nd layer (pink) tu perisa strawberry dan yg 3rd layer is banana.


Our dessert!
F012 Araissi~
RM10
Ada buah epal, strawberry, pisang, dan lain2 bauh tak dapat dikenal pasti. -_- 
Tapi, sedaplah.. 
Ada aiskrim + madu.
Sya yang tak suka minum madu pun, boleh jadi suka bila rasa madu dalam dessert ni. 

Actually, dekat Ayer @ 8 ni ada pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai menu. Antaranya, Serabei, Kyros Kebab, Lala Pan, Tea Tarik Place dan macam2 lagi! 

Anda boleh pilih mana2 restoran yang anda rasa minat atau suka untuk anda cuba makan dekat situ. Kami suami isteri memilih Almaeda Arabian Cuisine sebab ia terletak berhadapan dengan Masjid Besi, tasik, dan jambatan Putrajaya. Selain itu, sebab menu2 yang sangat menarik!

So, apa tunggu lagi? Kalau yang belum pernah datang sini dan cuba makan di mana2 restoran di Ayer @ 8 Putrajaya ni.. bolehlah datang untuk mencuba masakan2 di sini + rasai sendiri suasana yang tenang dan romantik! Ahaks! 

Insyaallah, kalau berkesempatan dan ada rezeki, kami akan try semua restoran dekat sini next time.. Hihi. 












No comments:

Post a Comment