Monday 17 November 2014

"Silent Killer" - Sakit Jantung (Punca/Faktor, Tanda Serangan, dan Petua Kekalkan Kesihatan Jantung)




Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang ~

Assalammualaikum! :)

"Sakit 3 serangkai." Pernah dengar tak pasal 'sakit 3 serangkai' ni? Rasanya ramai yg pernah dengar dan tahukan? 'Sakit 3 serangkai' adalah di mana seseorang individu tu menghidap sakit jantung, darah tinggi, dan diabetes dlm masa yg sama.

Entry saya kali ni, insyaallah saya akan kongsikan sebanyak mungkin info2 berkenaan sakit jantung. Bg penghidap diabetes, anda boleh klik sini utk info mengenai diabetes. Faktor paling tinggi yg menyumbang kpd sakit jantung adalah Diabetes Mellitus (Gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dlm tubuh badan tak dioksidakan utk hasilkan tenaga disebabkan kekurangan hormon pankreas insulin yg menjadi 'ibu' kpd penyakit kardiovaskular.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yg merangkumi 16.5% kematian di hospital sepanjang 2008.

Anggaran penyakit jantung koronari di Malaysia adalah 40 000 kes baru setiap tahun bg 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dlm kalangan wanita.


PUNCA SAKIT JANTUNG

Menurut Dr. Haizal Haron Kamar (Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana), antara punca seseorang itu mudah mendapat serangan jantung adalah seperit merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal, dan mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang.

Selain itu, antara punca2 lain adalah seperti:
  • Kolesterol berlebihan 
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Lemak berlebihan (Ukuran lilit pinggang melebihi 80cm)
  • Kencing manis atau Diabetes
  • Sejarah keluarga (Family history)
  • Usia (Risiko tinggi setelah menopaus)
  • Kurang bersenam
  • Stress

TANDA2 SERANGAN JANTUNG

  • Sakit dada yg melebihi 6 jam
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar
  • Jantung rasa ditekan
  • Tidak selesa
  • Kebas bahagian dada dan dagu kiri
  • Loya 
  • Cepat berpeluh
  • Gangguan bekalan darah pd jantung

Tapi, tak semua orang yg sakit dada dah confirm ada sakit jantung. Menurut Dr. Hanafiah Bashirun (Pakar Kesihatan Awam Hospital Columbia Asia), bkn semua sakit dada tu simptom sakit jantung sebab kemungkinan ia hanya sakit2 biasa. 

Apa pun, bila kita terasa sakit dada dlm tempoh masa yg lama, better for us utk terus pergi mana2 klinik atau hospital cepat2 utk pemeriksaan. Kalau sakit dada kita tu bkn sbb kita ada sakit jantung, alhamdulillah. Tp, kita just risau kot2 sakit dada kita tu disebabkan kita ada sakit lain mcm sakit tulang rusuk ke, gastrik ke, dan masalah paru2. Kebanyakkan penyakit jantung bermula dgn simptom sakit dada yg berpanjangan yg melebihi 6 jam.

So, please3 jgn ambil remeh ok bila anda atau orang terdekat dan kenalan anda diserang sakit dada sbb ia boleh menyebabkan mati mengejut atau keadaan jd lebih parah dan sukar dirawat. 

Risiko wanita utk diserang sakit jantung adalah rendah berbanding lelaki sbb wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang sakit jantung. 

Dianggarkan pd 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat serangan jantung. Selain itu, golongan kanak2 tak terkecuali diserang sakit jantung sejak masih dlm kandungan sampailah mereka lahir.


PETUA KEKALKAN KESIHATAN JANTUNG 

  • Kawal berat badan >>> Berat badan yg berlebihan menunjukkan kandungan lemak anda banyak. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk dkt jantung. Lemak yg terkumpul dkt jantung akan ganggu fungsi jantung.
  • Jaga Pemakanan >>> Berikan perhatian pd sajian harian kita. Elakkan ambil makanan yg tinggi kandungan lemak dan kolesterol i.e. Santan, mentega, dan minyak sapi.
  • Makan lebih sayur-sayuran i.e. Lobak merah, kobis, sayuran berdaun hijau, dan buah-buahan setiap hari.
  • Juahkan alkohol (arak). Ia sangat tak elok utk kesihatan jantung dan hati especially those yg gemuk sbb ini adalah salah satu sbb berat badan susah nak turun.
  • Senaman >>> Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit/sehari dan 150 minit seminggu utk mengekalkan kecergasan badan. Bila kita bersenam, jantung akan mengalirkan darah secara lebih berkesan dan membantu menurunkan tekanan darah.
  • Berhenti merokok >>> Majoriti rakyat Malaysia yg diserang penyakit jantung adalah dlm kalangan perokok. 
  • Ubah 'lifestyle" >>> Amalkan gaya hidup yg sihat utk mengelakkan drp sebarang penyakit. Jaga pemakanan, buang tabiat merokok, dan pastikan aktiviti harian anda diisi dgn aktiviti2 yg bermanfaat.
  • Anda juga boleh mengambil supplement seperti klik sini Omega Guard Shaklee dan CoQ Health Shaklee utk memastikan kesihatan jantung anda lebih terjaga serta membantu anda dlm membuang kolesterol2 dan lemak2 yg ada di dlm tubuh badan anda. Ia juga digalakkan ambil utk mereka yg ingin kurangkan berat badan atau kurus secara sihat dan semulajadi.

  



Saya harap setiap entry saya memberi manfaat kpd anda semua pembaca blog setia saya. :) Thank you for reading! 

Love,
Aisyah


No comments:

Post a Comment