Friday 28 November 2014

Roti Sarang Lebah di Salak Tinggi, Sepang Selangor!!!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang ~

Assalammualaikum readers! ;)





Siapa yg dah pernah rasa atau makan roti ni angkat tangan! Mcm lah saya nampak kalau anda angkat tangankan.. Wakakak.

For the 1st time saya rasa dan makan 'Roti Sarang Lebah' ni. Rasa roti ni mcm mana? Erm, roti ni mmg lembut habisss... Lembut sangatttttt.. Hihi. Atas roti tu diteraburkan bijan hitam, biji labu (yg warna hijau), dan badam putih. 

Kuah roti ni? Kuah roti ni ala2 sos karamel. Tp, saya rasa kuah roti ni mcm kaya pun ada. Hee.. Husband saya pun ckp kuah roti ni rasa kaya. Then, my husband said, sedap lagi roti kaya dekat mamak! Saya? Berkerut dahilah dgn penuh tanda soal keluar atas kepala. Tekak masing2 kot.. 


Kisah Terjumpa dan Terbeli Roti Sarang Lebah~

Petang semalam saya dan suami singgah di kedai runcit 'Orange MM' masa kami dlm perjalanan pulang ke rumah kami di Taman Mawar Perdana utk beli barang masak sikit.. Time nak bayar tu, tiba2 saya ternampak 'Roti Sarang Lebah' ni dkt meja cashier. Saya pun tengoklah harga roti ni berapa... RM7 je! Seriously murah kottt... Kalau tak silap saya, biasanya org jual roti ni around RM8 - RM10 tau. So, saya apa lagi.. Terus rembatlah! Lagi pun husband saya ckp dia yg nak bayarkan. Beruntung ada husband mcm abang! :P Terima kasih, abang! :D

Balik tu, lepas solat Maghrib, saya terus curahkan kuah roti tu dkt atas 'Roti Sarang Lebah' tu.. Kuah roti tu suam2 lagi. Oleh kerana saya dah tak sabar nak rasa roti tu, saya tak adalah panaskan dulu kuah tu balik. Tak sabau nak rasa ooo... Hihi. Tp, mmg marvelous lah rasa diakan! Mmg rugi siapa yg belum cuba lagi. Huhu..


Rupa asal 'Roti Sarang Lebah' sebelum ditelan! Hihi.

Silalah meleleh mcm kuah karamel ni! :p

1 bun dah selamat ditelan oleh perut saya dan suami!

Sekian sahaja perkongsian saya utk 'Roti Sarang Lebah' ni... Saya nak 'share' mana lagi tempat yg ada jual roti ni, saya pun tak tahu sebab saya sendiri baru terjumpa and makan roti ni.. Hihi. Tp, kalau anda google pun rasanya boleh jumpa mana lagi tempat yg ada jual roti ni. 

Selamat mencari, membeli, dan memakan 'Roti Sarang Lebah' bg mereka yg belum pernah rasa lagi! ;)








No comments:

Post a Comment