Saturday 20 September 2014

Rindu Nak Makan HOTTEOK & NAKJI BULGOGI KOREA!!! :'(

Assalammualaikum semua!

Tiba2 rasa macam nak makan 'Hotteok' dan 'Nakji Bulgogi' lah pulak pagi2 buta ni... Uwaaa... :'(


Best nya kan kalau dpt mkn dua2 ni! Seriously rindu and teringin sangat nak mkn sekarang!!! Ada sesiapa yg pandai buat 'Hotteok' dan 'Nakji Bulgogi' ni tak? Boleh tak buatkan saya sekarang... wawawa...

'Hotteok' ni adalah sejenis pancake yg mana filling ia adalah brown sugar, honey, peanuts, and cinnamon. Dough ia pulak diperbuat drp wheat flour, water, milk, sugar, and yeast. 


1st time saya mkn 'Hotteok' di Namdaemun Market. Namdaemun Market ni antara 1st place yg saya dan husband pergi bila sampai Korea. Sbb we all nak 'survey' tempat buat brooch original from Korea and nak beli kasut + winter coat saya. Husband saya ckp, brg2 yg dijual di Namdaemun Market ni murah2. So, kebetulan we all tgh 'shopping' dkt Namdaemun Market, we all pun terjumpalah kedai jual 'Hotteok' ni...



Inilah kedai Hotteok @ Namdaemun Market! 


Lepas je kami beli 'Hotteok', ada uncle and aunty from Malaysia tanya kami dkt mana kami beli 'Hotteok' tu. Then, we all pun mulalah berborak.. Uncle and aunty ni ingatkan kami student Malaysia yg study dkt sini. Hihi. Mmg pun! Tp, bkn saya lah... Husband saya. Ex-student sini. Hihi. We all pun bg tahulah dkt unlce and aunty ni yg we all dtg sini sbb berbulan madu. ;)

Inilah unlce & aunty yg saya maksudkan tu! 
Hope one day kita akan jumpa semula. :)

Oh, ye. Time we all berborak tu.. uncle ni ada tanya saya, saya study dkt mana. Saya tak ingatlah pulak apa 'perbualan' kita orang sampai unlce ni tanya saya study dkt mana. Hee.. :D Saya pun cakaplah saya student UiTM. Kebetulan... uncle ni ALUMNI UiTM tau! Ayah saya pun ALUMNI UiTM! 

Uncle ni tanya tahun berapa ayah saya study dkt UiTM. Saya pun cakaplah tahun 1956! Terus uncle tu ckp, "oh.. dah pangkat senior saya lah tu." Tiba2 saya confuse pulak tahun ayah saya lahir dgn tahun ayah saya study dkt UiTM dulu. Boleh tak mcm tu? Pd hal 1956 tu ayah saya baru lahir dan UiTM pun baru ditubuhkan kalau tak silap saya. Huhu.. Tp, time tu bkn UiTM lah.. Time tu still ITM. Patutlah bila saya upload gambar saya dgn uncle ni, ayah saya ckp ayah saya mcm kenal uncle ni. Jgn2 ayah saya dan uncle ni mmg kawan! Cuma silap saya sbb tak mintak phone number atau email uncle and auntie ni. Hmm.

Ok, jom kita sambung cerita pasal 'Hotteok' saya tadi tu. Sorry2 termelencong banyak pulak. xD


Ini kedai 'Hotteok' di Nami Seom pulak! 
2nd day saya dan husband pergi sini. 
Dkt sinilah salji paling tebal yg saya pernah jumpa! Huhu..


Belanja korang gambar saya tgh mkn 'Hotteok' je boleh? Hihi




Ini pulak 'Nakji Bulgogi' atau Spicy Stir-Fried Octopus.
Ini antara heavy food favourite saya sepanjang dkt Korea tau! 
Saya suka sebab pedassssss..

'Nakji Bulgogi' ni dibuat dr lobak, bawang putih, cili hijau, bawang hijau, emping lada panas, bawang, sos soya, sotong, dan gula. Perghhhhhh.. Serioulsy sedapppppp.. Pedas ia tu yg buat saya jatuh cinta!

Then, kalau korang tak bersihkan betul2 piring hitam ni, korang boleh request nasi putih utk dibuat nasi goreng tau mcm dkt bawah ni.

Lebihan 'Nakji Bulgogi' yg dibuat nasi goreng~
Yg ni saya kureng minat sikit sbb ada seaweed.


Taraaaaaa.. Nasi Goreng Korea satu!!! Hihi. 


'Hotteok' dan 'Nakji Bulgogi' ni antara favourite food saya sepanjang saya berbulan-madu di Korea! Setiap hari lidah saya akan request utk mkn dua benda ni! Asal lapar je terfikir nak mkn dua2 ni! Hahahah..

Ok, sekarang perasaan nak makan 'Hotteok' dan 'Nakji Bulgogi' ni sangat membuak! Baik saya tidur dulu sebelum saya buat kerja gila terus book flight ticket ke Korea. :P

Selamat malam semua! Eh. Selamat pagi semua! Hihi.






No comments:

Post a Comment