Saturday, 12 August 2017

BUSINESS OPPORTUNITY TALK : Peluang Dapatkan Duit Segera (Instant Cash) Melalui Perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai @ Home SPA and Mobile SPA


PERHATIAN!! BERITA BAIK dan PELUANG untuk anda yang berhasrat untuk membuka dan memiliki sebuah SPA TANPA PERLU MENGELUARKAN MODAL YANG BESAR!



Ya! PERCUMA. Tiada sebarang bayaran dikenakan! Tiada juga sebarang syarat ditetapkan!

Talk ini terbuka kepada semua gadis dan wanita yang sedang mencari sebuah perniagaan (business) untuk dijadikan sebagai kerja sampingan (part-time job) atau kerja sepenuh masa (full-time job).

Disamping minat dan sukakan kecantikan serta mementingkan kesihatan luaran dan dalaman.

Tidak kira anda seorang PELAJAR atau BARU KONVO atau SUDAH BEKERJA atau SURIRUMAH. SUDAH BERKAHWIN atau BELUM BERKAHWIN. Anda sangat dialu-alukan untuk hadir ke talk ini petang esok!

Tapi KENAPA SPA?? UNTUNG KE? PERMINTAAN TINGGI KE?

Jawapannya, YA! SANGAT TINGGI HINGGA KAMI TIDAK MAMPU MENERIMA BOOKING KERANA TERLALU RAMAI YANG MAHU, TERLALU TINGGI PERMINTAAN DAN JADUAL KAMI PENUH!

Kan bagus kalau anda sertai sama dan nikmati fenomena ini bersama?

Orang zaman sekarang ni sibuk. Tak ada masa nak pergi ke SPA walaupun sebenarnya mereka mahu dan sedar kulit muka mereka dah semakin kusam, tidak bermaya, tidak berseri dan tidak bertenaga!

Sebab itu mereka memilih untuk menghubungi mana-mana orang yang menjalankan perniagaan SPA bergerak (Mobile SPA) untuk datang ke tempat mereka walaupun mereka perlu membayar kos minyak dan upah.

Kalau ada pun orang yang kurang sibuk atau tidak sibuk, lain pula kekangan mereka. 

Sama ada mereka tiada kenderaan untuk ke SPA atau mereka malas hendak bersiap keluar, menempuh kesesakan lalu-lintas dan mencari tempat letak kereta atau mereka mahukan lebih privasi, berkonsepkan Muslimah dan mahukan produk-produk yang terbaik serta dipercayai. Mereka akan mencari kita dahulu!

Namun, semuanya insyaallah anda akan perolehi hanya bila anda ADA ILMU.

Itulah kami, Team The Walking Beauty (TWB) akan berikan kepada anda. ILMU dan BIMBINGAN YANG BERTERUSAN!

TAWARAN HEBAT!!

Sempena meraikan ulangtahun yang kedua The Walking Beauty (TWB), kami ingin menawarkan sesi LATIHAN PERCUMA untuk anda!

Anda HANYA PERLU MEMBUAT BAYARAN UNTUK PRODUK DAN PERALATAN SPA yang mana kesemuanya TAK SAMPAI RM1000 pun! Malah RM900 pun TAK SAMPAI!

Dan anda BOLEH TERUS MENJALANKAN PERNIAGAAN SPA ANDA KERANA SEGALA PERALATAN dan PRODUK SUDAH LENGKAP!

Senang kerjakan?

TAPI, INGAT!

Ianya TERHAD UNTUK 10 ORANG PERTAMA SAHAJA.

Alamakkkkk.. Macam mana ni sis? Saya nak! Saya kena buat apa sekarang?!

Anda boleh cuba hadirkan diri anda ke "Business Opportunity Talk" di Bangi Gateway ini petang esok! MASUK PERCUMA.

JANGAN LAMBAT. SEBAB IANYA TERHAD dan KAMI MUNGKIN TIDAK AKAN BUKA TAWARAN SEPERTI INI LAGI!

FAST ACTION FAST RESULT.






Siti Aisyah binti Ab Razak
Founder & Owner @ Muslimah Home & Mobile SPA, Yeoja Beauty House (YBH)
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6013 - 476 5930
yaeppenyeoaja@gmail.com

Thursday, 3 August 2017

Pakej SPA Bergerak @ Home & Mobile SPA Terbaru The Walking Beauty Project (TWBP)

Hello and good morning beautiful!

New month, new chapter. And everyday is a new day for us.

Dan bukan itu sahaja, kami team The Walking Beauty (TWB) pun ada Kelas atau Kursus SPA terbaru tau untuk anda mendalami ilmu kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman ;)

Kalau sebelum ini kami menawarkan Mobile SPA Package dan Self SPA & Beauty Plus, namun pada bulan Ogos ini kami menawarkan Pakej Home & Mobile SPA yang insyaallah pasti buat anda yang benar-benar berminat akan dunia kecantikan sangat teruja!

Sebab apa??

Sebab kali ni kami bukan sahaja akan berkongsi ilmu facial semata dengan anda, malah anda juga akan dapat belajar berkenaan :-
  1. Herbal Natural Sauna
  2. Body Scrub dan 
  3. Protein Milk Bath
Mana nak dapatkan sekali empat ilmu untuk satu harga. 

Selain itu apa yang pasti buat anda double teruja adalah.....

Tadaaaaa!!
  • Trial Kit SPA with TWB's Exclusive Box dan juga
  • Skin Analyzer! (Our new SPA tools)
Di dalam Trial Kit SPA ini, anda akan dibekalkan dengan peralatan-peralatan asas SPA seperti di bawah :-
  1. Headband x 1
  2. Span muka x 2
  3. Berus muka x 1 dan
  4. Mangkuk kecil x 1
Anda juga dibekalkan dengan produk-produk SPA seperti :-
  1. Pencuci muka semulajadi
  2. Makeup Remover semulajadi
  3. Scrub herba
  4. Masker protin
  5. Vivix
  6. Collagen Powder
  7. SR Vita-C Plus
Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh rujuk gambar poster rasmi di bawah ini.

Pakej Home & Mobile SPA TWB Terbaru @ RM899 (Ogos 2017)

Percuma!
Skin Analyzer

Dan anda tidak perlu risau kerana selepas tamat kelas atau kursus SPA bersama kami, anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting sendiri.

Anda akan dimasukkan ke dalam group telegram dan Facebook kami sebagai lifetime support group.

Once anda sertai kami, anda secara rasminya telah menjadi ahli TWB. Anda juga akan mendapat beauty and health consultation daripada Pakar Nutrisi terlantik dan beberapa lagi keistimewaan lain seperti bercuti ke luar negara setiap tahun bersama kami. Ehem. September ini Team SPA TWB kami akan ke Maldives tau ;)

Jadi tunggu apa lagi?

Jom ramai-ramai sertai kelas atau kursus SPA TWB bulan ini!

Takkan tak nak kot dapat duit segera sehingga RM165 dalam masa 3 jam sahaja dari rumah? Kalau hari-hari dapat RM165, sebulan tak ke RM4950. Hampir mencecah RM5000 tu pendapatan untuk sebulan! Kalah gaji seorang Jurutera (Engineer) tau!

Yang betul-betul serious berminat dan memang bertekad untuk mencari pendapatan sampingan atau tambahan bagi membantu ekonomi keluarga boleh terus Call atau SMS atau Whatsapp atau Telegram Sya terus di +6013 - 476 5930 atau boleh email terus ke yaeppenyeoja@gmail.com

Sya hanya buka dan terima 10 orang sahaja untuk Sya turunkan pula ilmu kecantikan dan kesihatan kepada anda.

Ye! 10 ORANG SAHAJA untuk Sya ajar dan gilap dia samapi dia boleh dapat sekurang-kurangnya RM165 satu hari!

Monday, 31 July 2017

Resepi Ayam Masak Mentega Paling Cepat, Mudah dan Sedap


Selamat tengahari semua!

Sure semua tengah laparkan? Ye lah, dah tengahari kan. Lunch time! Tapi, tak ada idea nak makan apa? Ok, apa kata anda cuba masakan Ayam Masak Mentega atau Butter Chicken ni.

Ayam Masak Mentega @ Homemade Butter Chicken

Bahan-bahan (2 orang makan) :-
  1. Ayam
  2. Telur ayam (1 biji)
  3. Tepung gandum Faizah (Jenama bebas)
  4. Minyak masak Aliff (Jenama bebas)
  5. Bawang kecil atau merah (3 biji)
  6. Bawang putih (3 ulas)
  7. Cili padi (5 - 7 tangkai)
  8. Daun kari (2 - 3 tangkai)
  9. Susu sejat Ideal (Setengah tin. Jenama bebas)
  10. Keju @ Cheese Emborg (1 keping. Jenama bebas)
  11. Gula (Setengah sudu teh @ secukup rasa)
  12. Garam (Setengah sudu teh @ secukup rasa)
Cara-cara memasak :-
  1. Potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil. Ini terpulang kepada anda sama ada nak ambil isi ayam sahaja atau hanya potong ayam kecil-kecil (seketul-seketul). Kalau Sya, Sya lebih suka isi ayam sahaja tanpa tulang.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Kacau. Salutkan ayam yang telah dipotong tadi dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan tepung gandum untuk digoreng.
  3. Panaskan minyak. Kemudian masukkan ayam yang telah disalut dengan telur dan tepung ke dalam kuali. Goreng sehingga warna kekuningan atau agak-agak dah masak. Angkat dan ketepikan. Toskan minyak.
  4. Guna minyak dan kuali yang sama. Cuma kurangkan je minyak untuk tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari.
  5. Agak-agak warna dah bertukar kuning, masukkan ayam yang dah ditoskan minyaknya. Kacau bagi sekata.
  6. Masukkan susu sejat. Kacau lagi bagi sekata.
  7. Masukkan keju. Biar keju betul-betul cair dan sekata dengan susu sejat tadi.
  8. Tambah sedikit gula dan garam. Kacau sampai sebati.
Siap!

Mudah dan senang je kan? ;)

Tapi, jangan lupa telankan Lecithin dan Omega Guard ye lepas tu untuk nyahkan semula kolesterol serta lemak dari Ayam Masak Mentega @ Butter Chicken ni!

Selamat mencuba!

Tuesday, 25 July 2017

My Short Getaway @ Pullman Hotels & Resorts Putrajaya




Ini namanya "rezeki!" Alhamdulillah!

Berakhirnya Persembahan Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017, maka berakhirlah "short getaway" Sya di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya..

"Short getaway" sangattttt.. Hehe.

Sebenarnya suami Sya dan team dia ada presentation pagi semalam yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Team suami Sya mewakili Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

MAHB ada sediakan bilik di Pullman untuk mereka bermalam di sana 1 hari (Ahad) sebagai persediaan untuk mereka keesokkan hari. Semua sekali ada 3 bilik. Team mereka ada 6 orang termasuk suami Sya.

Memandangkan ada 1 daripada mereka tak ada, jadi suami Sya decide untuk bawa Sya sekali bermalam di sana. Yang lain-lain dah ada partner.

Sya ON je. Tidur Pullman kot siapa yang tak nak! Hahahah.. Walaupun bilik yang ditempah bukanlah jenis Apartment 2 Bedroom with 1 King and 1 Twin Size Bed macam Sya pernah bermalam dengan family Sya tahun 2014 lepas, tapi ok lah kan. 

Sekurang-kurangnya Sya dapat juga keluar dari rumah dah bermalam di hotel secara percuma heeeee walaupun jarak nak ke sana dari rumah Sya dan suami 1 jam je pun!

Lagi pun dari Sya tinggal dan tidur rumah sorang-sorang, lebih baik Sya ikutkan. Sya ni dah lah memang jenis manusia yang "berani" sangat bila tidur sorang-sorang dekat rumah. Buat-buat faham sudahlah ye :P 

Tapi, nasib baik juga Sya ni bekerja dari rumah. Kalau tak, tak dapatnya nak ikut. Huhu.. Dan rezeki Sya dapat tidur di Pullman memandangkan suami Sya je yang tak ada partner lagi. Kalau tak, alamatnya terpaksalah kami suami isteri keluar duit sendiri juga untuk book bilik hotel yang lain. Huhu..

Bilik yang MAHB book adalah jenis Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony. Bawah ni Sya kongsikan beberapa gambar bilik kami yang Sya ambil.

Infront of our room
Level 2, Room No 3205

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony

Balcony

Hahaha.. Pintu bilik air pun nak ambilkan? :p



Jamban pun tak terkecuali nak ambil gambar :p

Fyi, ini sekadar informasi untuk anda ye jika anda nak bermalam di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya ni. Pullman ni ada 12 jenis bilik yang anda boleh book based on budget and suitability. Antaranya:-
  1. Superior Room with 1 King Size Bed
  2. Superior Room with 2 Single Beds
  3. Deluxe Room with 1 King Size Bed
  4. Deluxe Room with 2 Single Beds
  5. Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony
  6. Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony Lake View
  7. Premium Deluxe (1 king size bed, Spa Concept)
  8. Executive Room with 1 King Size Bed
  9. Apartment with 1 Bedroom King Size
  10. Executive Suite (Lounge access 1 King Size Bed separate Living Room)
  11. Apartment 2 Bedroom with 1 King and 1 Twin Size Bed and 
  12. Pullman Suite (Lounge access 1 King Size Bed separate Living Room).
Macam Sya dapat Deluxe Room with 1 King Size Bed with Balcony pun dah bersyukur sangat! Hihi.

Oh, yeah. Selain itu untuk pengetahuan anda, Pullman Hotels & Resorts Putrajaya ni ada 4 Wings atau pembahagian bangunan (architecture) iaitu Bunga Tanjung Wing (Malay design), Lotus Wing (Chinese design), Jasmine Wing (Indian design) dan Rafflesia Wing (Borneo design).

Dan bilik kami berada di Rafflesia Wing (Borneo design). Jadi, kalau anda yang datang ke sini dan parking kereta di dalam Pullman, pastikan anda parking di Wing yang anda bermalam. Sebab setiap wing ada lift sendiri. Jadi dekatlah untuk anda ke bilik :) 

Harga parking RM15 per night. Kalau nak jimat, boleh parking di luar bangunan Pullman. Rasanya percuma je kot. Cuma jauh dan kena berjalan sikitlah.

pullmanputrajaya.com
pullmanhotels.com

Inilah satu-satunya gambar yang sempat ambil di sekitar Pullman sebelum Sya dan suami Sya keluar pergi makan malam di Coffee Village. Nasib baik sebelum ni dah pernah bergambar di sekitar Pulluman ni. Jadi, tak ada lah rasa ralat sangat. Ok, jarak nak ke Coffee Village ni dalam 15 minit kalau tak silap Sya.

Coffee Village

Wefie satu sebelum check-out!

Baru lepas check-out dan sebelum pergi ke PICC untuk tengok beberapa lagi team buat presentation

Atas kiri : Majlis Pembukaan Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017
Atas kanan : Salah satu Team dari MAHB tengah buat pembentangan. Tak ingat nama team apa dan present untuk projek apa.
Bawah kiri : Antara juri untuk sesi petang di Hall 8 kalau tak silap Sya
Bawah kanan : Setiap sesi ada penyampaian sijil penyertaan untuk team

Event ni berlangsung selama 2 hari (Isnin dan Selasa). Tapi, untuk hari ni Sya tak ikutlah. Kalau Sya ikut, tak dapatlah Sya tulis entry blog ni. Hihi.

Sekarang tengah majlis penutup yang di sempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Insyaallah, kalau ada rezeki team suami Sya akan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Genting Highlands pada November tahun ini. Syaratnya mesti dapat "Emas" dulu untuk presentation ni lah. Dan kalau berjaya di peringkat kebangsaan, insyaallah mereka akan ke peringkat antarabangsa pula yang akan berlangsung di negara Filipina atau Australia. Sama-sama doakan mereka ye?!

Kalau berjaya, dapatlah Sya ikut lagi. Heeeee.. Yang paling penting Sya nak pastikan kali ni Sya dapat tengok, ambil gambar dan rekod suami Sya dan team dia buat presentation.

Pagi semalam tak ada rezeki nak tengok sebab mereka team pertama yang buat presentation untuk sesi pagi. Sebelum tu ingat orang luar tak boleh masuk tengok dan kalau nak masuk juga kena bayar. Rupa-rupanya tak pun.. Terlepas dah peluang nak tengok suami Sya present dekat depan :"(

Argh tak apalah. Janji Sya puas dapat mentekedarah masa sarapan semalam. Kahkahkah. Dari pukul 7:30 pagi sampai pukul 9 pagi kau.. Hahaha.. Tapi, tak dapat masuk banyak sangat pun. Maklumlah perut kecil dan comel :p

Sebelum Sya ambil semua yang ada dalam gambar di bawah ni, Sya dah ambil Nasi Impit, Rendang Ayam dan Kuah Lodeh. #Rayakanadalagi (2 hari lagi berbaki sebelum Raya habis). Not bad lah rasa semua ni. Berasa dan sedap.

Pancake & Waffle
Sedap gilerrrrr!! Serious tak tipu!
Crunchy pekena pula dengan jem cherry dan blueberry yang sebiji-sebiji buah ia

 
Strawberry & Mango Yogurt 
Argh sedap juga!

Pau je kurang sedap sikit sebab keras sikit dan bukan pau kegemaran Sya, Pau Kacang warna hitam tu. Masa ambil Pau ni Sya tengah on call, itu yang tak dapat fokus dengan membaca setiap menu. Main ambil je.

Tapi kan bila tengok balik gambar makanan dan minuman yang Sya ambil, sebenarnya tak banyak mana pun. Huhu.. Air pun Sya minum air panas? Dan jus langsung tak ambil. Hahaha.. Fruits cereals semua tak ambil. 

Jadi tak berbaloi pun kalau breakfast berbayar. Breakfast free berbaloi. Hahaha.. Officemate suami Sya cakap breakfast sini RM69 per head macam tu.

Yang penting pillbox Shaklee cute ni sentiasa bersama! Lepas breakfast terus telan Set Kesihatan Asas Shaklee (Shaklee Optimum Health Set) : Vita-Lea (makanan sel), B-Complex (menguatkan sel - penting untuk saraf dan anti-stress) dan SR Vita-C Plus (pelindung sel).

Kalau nak cuba Set Kesihatan Asas Shaklee ni atau nak repeat order, boleh contact Sya terus di +6013 - 476 5930 atau email ke yaeppenyeoja@gmail.com 

Sekian sahaja perkongsian Sya kali ni berkenaan "short getaway" Sya di Pullman Hotels & Resorts Putrajaya. 

Sya hanya nak berkongsi perasaan seorang "Working-At-Home-Wife" (WAHW) macam Sya ni bila Allah berikan rezeki dari benda yang kita sendiri tak sangka.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
Surah Ibrahim [14:7]

Tuesday, 18 July 2017

Fungsi dan Manfaat Utama Lecithin Shaklee


 

Ramai yang nak kurus persis "Miss World" atau "Stewardess", tapi ramai juga yang sebenarnya terlepas pandang fungsi kolin di dalam diet harian.

Menurut Akademi Sains Antarabangsa (The National Academy of Sciences) kolin (Choline) penting bagi mereka yang nak diet sebab Lecithin ni sifatnya larut lemak yang dipanggil phospholipid yang terdiri dari choline dan inositol yang terdapat di dalam semua sel hidup.


Phospholipid ni pula merupakan komponen utama sel membran yang berfungsi mengawal nutrien yang masuk dan keluar dari sel.

Jom kita sama-sama tengok apa je fungsi Lecithin ni.

Antara fungsi dan manfaat utama Lecithin Shaklee untuk membantu anda mengurangkan berat badan atau kurus adalah :-

  1. Membantu mnyerap vitamin yang larut lemak - Lecithin membantu badan untuk menyerap vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K (ADEK).
  2. Membantu memecahkan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah dan pengambilan tambahan dapat membantu mengemulsi serta metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam badan.
  3. Membantu melangsingkan badan ala-ala "Miss World" gittew - Pengambilan Lecithin dalam kuantiti yang banyak membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang sekaligus menghalang obesiti.
Selain itu, Lecithin Shaklee juga membantu :-
  • Melindungi hati - Membantu menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati, hati berlemak dan membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Mencantikkan otot dan kulit - Membantu membentuk sel membran, melembab dan menghaluskan kulit. Juga membantu mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Membantu menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit seperti dermatitis dan demam disebabkan alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% punca batu karang terbentuk adalah disebabkan kolesterol. Jadi, Lecithin berfungsi untuk membantu mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat pembentukan batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan - Acetycholine yang terdapat di dalam Lecithin berfungsi untuk membentuk penghantar (sender) ke saraf kranial yang akan mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan mengurangkan tekanan.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Lecithin berfungsi sebagai penghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang banyak.
  • Melegakan sembelit - Lecithin dapat membantu melembutkan najis dengan berkesan. Lecithin juga membantu melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.
Alhamdulillah, dapat pun Sya kongsikan 11 fungsi dan manfaat utama Lecithin Shaklee dengan anda semua..

Namun, kesan pengambilan Lecithin Shaklee terhadap individu adalah berbeza. Yang pasti kesannya positif bukan negatif.

Contoh, classmate Sya masa di UiTM Kampus Bandar Melaka (KBM). Asalnya dia tempah (order) dan beli Lecithin Shaklee daripada Sya untuk tujuan kurangkan berat badan. Tapi, kulit muka dia dulu yang nampak perubahan. Kawan-kawan pejabat dia tegur pasal kulit muka dia yang nampak lagi cerah dan berseri.

Jadi, bagi anda yang ingin mencuba Lecithin Shaklee atau yang nak repeat order Lecithin Shaklee, boleh terus hubungi Sya di talian +6013 - 476 5930

Harga memang mampu milik sangat :) RM58.30 untuk 180 kapsul. Boleh tahan sehingga 3 bulan. Memang jimat dan berbaloi sangat untuk kesan yang cepat, tapi pada masa yang sama insyaallah selamat.

Jujurnya, kalau tanya Sya, Sya memang galakkan sangat anda yang berhasrat nak kurangkan berat badan atau nak kurus untuk cuba amalkan Lecithin Shaklee ni.

Sya berani galakkan sebab Sya sendiri dah merasainya. Berat badan Sya pernah mencecah 60kg tau. Lebih tepat pernah mencecah 60.4kg pada ketinggian seorang model, 148cm :p

Alhamdulillah, dengan izin Allah Lecithin Shaklee berkesan ke atas diri Sya. Bayangkan lah dalam masa 5 bulan je kot Sya dapat kurangkan berat badan sebanyak 7.4kg Amazing takkkkk.. Hihi.

Tapi, jangan pula langsung tak jaga dan kawal makan serta tak bersenam tau. Tak bolehlah bergantung 100% pada Lecithin atau makanan tambahan (supplement) kurus semata. 

Sebab fungsi Lecithin ni hanya "membantu." Mana-mana supplement anda ambil pun kalau tak jaga dan kawal makan, tak bersenam tak jadi juga.

Cuma apa yang best nya kalau anda ambil supplement jenama Shaklee ni adalah ia bukanlah "yo yo effect." Maksudnya, sekali anda berhenti dari ambil Lecithin contohnya, berat badan anda terus naik secara mendadak. Dan sebenarnya anda pun tak perlu untuk terlalu jaga dan kawal makan serta bersenam macam nak mati pun. Huhu..

Sya ni dah 2 tahun tak jaga dan kawal makan serta tak bersenam (lepas berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee) alhamdulillah berat naik pun tak lebih dari 55kg.

Ok, tak nak bebel sangat (walau sebenarnya dah terbebel pun :P ). Kalau nak cuba, boleh cepat-cepat hubungi Sya. Sya boleh bagi harga yang lebih murah dari harga sekarang. Ada caranya. Kena contact Sya dululah kalau nak tahu ;) Kalau beli Set Kurus Shaklee terus, insyaallah ada beberapa "free gift" yang dah Sya sediakan untuk pelanggan-pelanggan bertuah Sya :)

Friday, 14 July 2017

Lecithin Shaklee : Healthy Fats You Should Not Miss!!



Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang memecahkan lemak kepada molekul-molekul yang lebih kecil untuk pencernaan. Kiranya lebih mudah lemak-lemak dicerna.

Lecithin juga ditukar menjadi acetylcholine di dalam badan yang mana dapat membantu mengekalkan badan yang sihat.

Jadi, bagi anda yang berhasrat nak kurangkan berat badan atau nak kurus dengan bantuan makanan tambahan (supplement), pastikan supplement yang anda ambil tu mengandungi choline.

Berdasarkan Akademi Sains Antarabangsa (The National Academy of Sciences) Choline penting bagi anda yang nak diet sebab Lecithin ni bahan untuk larut lemak yang dipanggil phospholipid yang terdiri dari choline dan inositol yang terdapat di dalam semua sel hidup.

Phospholipid ni merupakan komponen utama sel membran yang berfungsi mengawal nutrien yang masuk dan keluar dari sel.

The Shaklee Difference

Ok, apa yang membuatkan Lecithin Shaklee berbeza dengan Lecithin lain yang ada di pasaran adalah dari segi sumber Lecithin itu sendiri.

Macam Lecithin Shaklee, sumbernya adalah dari kacang soya semulajadi. Dan kacang soya ini pula adalah kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO soybeans).

Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 530mg soya Lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin Shaklee yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan acetyl-kolin (acetycholine), inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.

Insyaallah, next entry Sya akan kongsikan dengan anda semua manfaat utama atau fungsi Lecithin pula. 

Stay tuned!

Wednesday, 12 July 2017

DAY 4 | Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia





Kalau dulu-dulu kita selalu dengarkan yang rakyat Indonesia di Lombok selalu bawa lari gadis-gadis Malaysia ke tempat mereka. Dah dibawa lari, dikerah lagi untuk turun ke sawah padi dan lain-lain untuk bekerja walaupun masa tu mereka masih dalam hari (baru lepas melahirkan anak). Huhu..

Bila Sya dan suami Sya ke Lombok, baru kami tahu yang sebenarnya bukan semua penduduk Lombok yang bawa lari gadis-gadis. Tapi, ada satu suku kaum di Lombok yang bawa lari gadis-gadis iaitu Sasak Sade. Dan budaya bawa lari gadis-gadis ni masih lagi wujud tau. Cuma dah jaranglah kan kita dengar gadis-gadis Malaysia di bawa lari ke Lombok lagi. Budaya ni masih wujud sesama mereka.

Hari ni hari terakhir kami di Gili Trawangan sebelum kami ke Lombok dan pulang semula ke Malaysia.

Macam biasalah. Kami akan sarapan dulu memandangkan Sunset Palms Resort yang kami bermalam ni ada menyediakan sarapan pagi secara percuma sepanjang kami di sini.





Lepas sarapan, kami terus ke receptionist untuk check-out dan telefon penunggang Cidomo (kuda) untuk datang mengambil kami serta bawa kami ke Akhir Pekan.

Disebabkan telefon kami tak boleh nak buat panggilan keluar, jadi kami minta tolong staff Sunset Palms Resort untuk call bagi pihak kami.




Bersama Rizal.
Salah seorang staff Sunset Palms Resort yang tolong kami carikan supir untuk bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing di sekitar Lombok nanti.


Dalam boat awam menuju ke Lombok

Boat kami untuk ke Lombok pagi. Dalam pukul 9 macam tu. Flight kami pula malam. Jadi, sebelum balik Malaysia, kami jalan-jalan dulu di sekitar Lombok.

Di Lombok, tak banyak sangat pun tempat yang dapat kami singgah disebabkan hari ni hari Jumaat dan cuaca masih tak ok. Masih hujan dan angin kuat. Dan kami perlu pastikan pukul 5 petang macam tu kami dah ada di airport sebab flight kami pukul 7:15 macam tu.

Antara jalan yang kami lalu dan singgah adalah Pusuk, Sidemen, Daerah Kekait, Medas, Gunung Sari dan Mataram.

Pusuk ni jalan yang supir kami bawa lalu untuk menuju ke Sukarara. Tempat membuat dan menjual kain tenun atau songket. Jalan di Pusuk ni macam jalan naik ke Cameron Highlands. Tinggi, berpusing-pusing dan sejuk. Lagi-lagi masa ni tengah hujan.

Dari dalam kereta boleh nampak beruk-beruk tengah bertenggek di divider jalan. Masa ni kami tak ada apa-apa makanan lah pula nak bagi dekat beruk-beruk ni. Kalau ada roti pun ok.


Kesian Beruk ni. Tunggu je kami buka tingkap hulurkan makanan. Huhu.. Tapi, nak buat macam mana Beruk oi. Kami tak ada makanan. Nanti buka tingkap tak pasal pasal jari-jemari kami pula jadi makanan.

Sungai di Sidemen.
Cantik! Tak macam sungai. Tapi, macam air terjun je.

Berlatarbelakangkan sungai di Sidemen dan teksi yang kami naik, Toyota Avanza

Tak sure ni Gunung Sari atau gunung-gunung di sekitar Gili Trawangan

Islamic Center Nusa Tenggara Barat

Islamic Center Nusa Tenggara Barat, Kota Mataram

Islamic Center Nusa Tenggara Barat ni merupakan masjid terbesar di Nusa Tenggara Barat. Apa yang menariknya berkenaan masjid ni adalah mempunyai menara setinggi 99 meter. Dari menara ni, para pelancong boleh tengok sendiri keseluruhan Kota Mataram.

Tapi, yang sedihnya bukannya supir kami nak berhenti dan bawa kami masuk masjid ni pun. Sya mati-matilah ingatkan dia bercerita dengan kami suami isteri pasal masjid ni sebab nak bawa kami ke sini. Dan Sya ingatkan dia akan berhenti untuk solat Jumaat di masjid ni. Rupa-rupanya tak. Entah mana-mana masjid lah yang dia bawa kami. Hampeh betul!

Masjid yang kami singgah untuk supir kami dan suami Sya solat Jumaat macam masjid tak siap dibina sepenuhnya. Ruang solat wanita pun tak ada. Nasib baik dekat airport ada surau. Terpaksa Sya niat jamak takhir.

Sentra Kerajinan Tenun, Kabupaten Lombok Tengah

SELAMAT DATANG
DI SENTRA KERAJINAN TENUN
KABUPATEN LOMBOK TENGAH

 
Pengalaman pertama Sya tenun songket! Best! 
Teruja dapat belajar menenun walaupun sekejap. 
Tengoklah muka Sya tu.. Hahaha..

Tapi, nampak macam senang je kan nak menenun songket? Bila dah buat sendiri baru tahu. Ianya tak semudah yang kita lihat. Perlukan kekuatan tangan untuk menarik kayu bawa ke hadapan kita, kekuatan badan untuk terus duduk dengan kaki yang statik dan haruslah mempunyai minat yang mendalam untuk menenun! Huhu.. Sya difahamkan satu kain songket boleh mengambil masa hingga sebulan untuk siap.

Fyi..
Dekat Lombok, semua wanita wajib belajar dan tahu untuk menenun. Kalau tak, mereka tak boleh kahwin. Ini seperti mana yang diterangkan oleh salah seorang pekerja di tempat Sya menenun ni.

Beli souvenir sikit untuk mama dan diri Sya sendiri.
Baju putih belakang tu Pak Supir kami.

Tapi, nasihat Sya kalau anda nak beli souvenir yang berupa kain tenun atau songket, t-shirt ke atau lain-lain cenderahati lebih baik anda beli sahaja di Kampung Sasak Sade. Kalau anda ke sinilah. Sebab harga barang-barang yang dijual memang jauh berbeza. Di Desa Sukarara ni lebih mahal berbanding di Kampung Sasak Sade. Mahal dua ke tiga kali ganda tau.

Kampung Sasak Sade

Kampung ni sebenarnya dah menjadi tempat kunjungan para pelancong yang datang ke Lombok sejak tahun 1975 lagi. Oleh itu Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Barat dah jadikan Kampung Sasak Sade ni sebagai tempat perlancongan.

Kampung Sasak Sade ni wujud sejak 600 tahun yang lalu dan masyarakatnya menganut ajaran Watte Telu (kepercayaan pada 3 agama). Tapi, sekarang semuanya dah pun memeluk agama Islam.


Kampung Sasak Sade ni berkeluasan 5,5 hektar. Mempunyai kira-kira 700 orang penduduk dan150 rumah dengan setiap rumah terdapat satu kepala keluarga.

Atap-atap di sini diperbuat dari alang-alang kering. Dinding pula diperbuat dari buluh yang telah dianyam dan tiang diperbuat dari kayu. Keistimewaannya, bila siang rumah akan terasa sejuk dan bila malam rumah akan terasa panas.

Masjid

Bale Kodong

Di dalam Kampung Sasak Sade ni terdapat tiga bahagian rumah.

1. Bale Bonter - Rumah yang dimiliki oleh pejabar desa.
2. Bale Kodong - Rumah untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin atau warga emas.
3. Bale Tani - Rumah untuk mereka yang sudah bekeluarga dan memiliki keturunan.


Lumbung Padi Suku Sasak atau Lumbung Pare

Lumbung Pare ni hanya boleh diambil oleh kaum ibu sahaja.

Padi yang bagus (berkualiti) akan digantung di dalam rumah.

Kadang kami pelik juga, Wira cakap sekarang ni mereka semua beragama Islam. Tapi, kalau tengok mereka masih mempercayai bahawa dengan menggantung padi yang bagus di dalam rumah dapat membawa tuah dan kebaikan kepada mereka. 

Lantai rumah yang diperbuat dari tanah liat dan sedikit campuran sekam padi

Setiap minggu atau pada waktu-waktu tertentu, lantai ni akan digosok dengan tahi Sapi (Lembu) yang dicampur dengan sedikit air kemudian disapu dan digosok dengan batu setelah kering.

Penggunaan tahi Lembu ni bagi membersihkan lantai dari debu, membuat lantai lebih halus dan kuat.

Masyarakat juga percaya tahi Lembu ni dapat menghalau serangga dan perkara-perkara tak baik.

Sebelum kami ke airport, kami singgah makan di Rumah Makan Cahaya - NASI BALAP PUYUNG RM. CAHAYA dulu.

Kedai ni dekat dengan "WELCOME TO LOMBOK" bawah ni. Betul-betul tepi jalan.

WELCOME TO LOMBOK

Rumah Makan Cahaya - Nasi Balap Puyung RM. Cahaya

Senarai makanan dan minuman di Rumah Makan Cahaya - Nasi Balap Puyung RM Cahaya

Nasi Ayam Kampung + Balap
Pelecing Kangkung + Tahu
Jus Naga
Es Teh

Kami suami isteri order set yang sama. Air je lain-lain.

Tapi, masa dah nak habis minum Jus Naga Sya, tiba-tiba Sya terasa macam ada dawai dalam mulut Sya. Bila keluarkan dan tengok, rupa-rupanya dawai yang cuci belakang kuali tu. Iyaks! Rasa nak termuntah terus lepas tu lagi-lagi bila perut dah kenyang.

Cuma pelik. Macam mana boleh ada dawai tu dalam cawan Sya. Kalau tengok dari segi kebersihan kedai, ok je. Insyaallah, kalau ada rezeki kami ke Lombok lagi, kami tak akan makan dan minum di kedai ni lagi. Dah lah parking pun kena bayar. RM5 macam tu kalau tak silap Sya kami kena bayar. Patutnya Pak Supir kami lah kan yang bayarkan sebab kami dah bayar upah dekat RM200 juga dekat dia untuk bawa kami jalan-jalan sekitar Lombok.

Lepas makan, kami terus ke airport. Kami sampai airport dalam pukul 5:30 petang nak dekat-dekat pukul 6 juga. 

Sempatlah kami bergambar di depan dan dalam airport Lombok sebelum check-in. Flight kami pukul 7:15 malam.

Lombok International Airport (LIA)

I <3 LIA
Lombok International Airport 
2017

Maka, berakhirlah percutian tajaan kami di Gili Trawangan dan Lombok, Indonesia..

Insyaallah, ada rezeki kami akan ke Lombok lagi untuk melawat dan bergambar pula di tempat-tempat menarik di sekitar Lombok seperti Gunung Rinjani, Bukit Pergasingan, Pantai Senggigi, Pantai Semeti, Pantai Tangsi atau Pink Beach, Batu Payung (Tanjung Aan), Pantai Tebing, Tanjung Poki dan lain-lain.

Sebab tak sempat kami nak pergi semua tempat ni disebabkan kami banyak menghabiskan masa di Pulau Gili Trawangan. Tak terfikir pun sebelum ni untuk bermalam di Gili Trawangan dua hari dan dua hari lagi di Lombok.

Bila dah masuk hari ketiga di Gili Trawangan dan dah mula rasa bosan hahaha baru terfikir kenapa lah tak buat macam tu. Huhu..

Tak apa lah. Kami pun pertama kali bercuti di Indonesia bersama. Pertama kali juga dapat percutian percuma. Akan datang dah tahu dah macam mana. Jadi, boleh rancang untuk bercuti di Lombok dengan lebih sempurna dan teratur.